EasyManua.ls Logo

Panasonic NN-CT65MB - Penjagaan Untuk Ketuhar Gelombang Mikro Anda

Panasonic NN-CT65MB
196 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
46
47
MS
Melayu
Penjagaan untuk ketuhar gelombang mikro anda
1.
Palam ketuhar harus dicabut sebelum
pembersihan.
2.
Membersihkan bahagian dalam ketuhar,
materai pintu dan kawasan materai pintu
kerap. Apabila percikan makanan atau
cecair tertumpah terkena dinding ketuhar,
meterai pintu dan kawasan meterai pintu
lap dengan kain lembap. Bahan pencuci
yang lembut boleh digunakan jika ia sangat
kotor. Penggunaan bahan pencuci yang
keras atau kasar adalah tidak digalakkan.
Elakkan membersihkan kawasan panduan
makanan ketuhar gelombang mikro yang
terletak di sebelah kanan dinding rongga.
JANGAN GUNAKAN PENCUCI KETUHAR
KOMERSIAL.
3.
Jangan gunakan pembersih keras yang
melelas atau pengikis logam tajam
untuk membersihkan kaca pintu
ketuhar kerana mereka boleh
mencalarkan permukaan, yang
mungkin menyebabkan kaca pecah.
4.
Permukaan ketuhar luar perlu
dibersihkan dengan kain lembap. Untuk
mengelakkan kerosakan kepada
bahagian-bahagian yang beroperasi di
dalam ketuhar, air tidak harus
dibenarkan untuk meresap ke dalam
bukaan pengudaraan.
5.
Jika Panel Kawalan menjadi kotor,
lapkannya dengan kain lembut. Jangan
gunakan bahan cuci yang keras atau pelelas
pada Panel Kawalan. Apabila membersihkan
Panel Kawalan biarkan pintu ketuhar terbuka
untuk mengelakkan daripada ketuhar
dihidupkan secara tidak sengaja. Selepas
pembersihan tekan Berhenti/Set Semula
untuk mengosongkan tetingkap paparan.
6.
Jika stim berkumpul di dalam atau di
sekeliling luar pintu ketuhar, lap dengan
kain lembut. Ini boleh berlaku apabila
ketuhar gelombang mikro beroperasi di
bawah keadaan kelembapan yang
tinggi dan sama sekali tidak
menunjukkan kerosakan unit.
7.
Kadangkala perlu keluarkan dulang
kaca untuk dibersihkan. Basuh dulang
di dalam air sabun suam atau dalam
mesin basuh pinggan mangkuk.
8.
Cincin gulung dan lantai rongga ketuhar
perlu dibersihkan dengan kerap untuk
mengelakkan bunyi bising yang berlebihan.
Hanya lap permukaan bahagian bawah
ketuhar dengan bahan pencuci yang lembut
dan air panas kemudian kering dengan kain
bersih. Cincin gulung boleh dibasuh dalam
air sabun lembut. Wap Memasak terkumpul
semasa penggunaan berulang tetapi sama
sekali tidak menjejaskan permukaan atau
cincin gulung bahagian bawah roda. Selepas
mengeluarkan cincin gulung dari lantai
rongga untuk pembersihan, pastikan untuk
gantikannya dalam kedudukan yang betul.
9.
Apabila menggunakan mod GRIL,
PEROLAKAN atau KOMBINASI, sedikit
makanan boleh terpercik minyak pada
dinding ketuhar. Jika ketuhar tidak
dibersihkan sekali-sekala, ia mungkin
mula "asap" semasa digunakan.
10.
Pembersih stim tidak boleh digunakan
untuk pembersihan.
11.
Ketuhar ini hanya boleh diservis oleh
kakitangan yang berkelayakan. Untuk
penyelenggaraan dan pembaikan ketuhar
hubungi pengedar sah yang terdekat.
12.
Kegagalan untuk mengekalkan ketuhar
dalam keadaan bersih boleh membawa
kepada kemerosotan permukaan yang boleh
menjejaskan hayat perkakas dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
13.
Menjaga liang angin bersih pada setiap
masa.
Semak tiada habuk atau bahan lain
yang menghalang mana-mana daripada
liang angin di bahagian atas, bahagian
bawah atau belakang ketuhar. Jika liang
angin tersumbat ini boleh menyebabkan
terlalu panas yang akan menjejaskan
operasi ketuhar dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Bersambung pada halaman seterusnya
NN-CT65MB.indb 47 2021/06/23 10:41:20

Table of Contents

Related product manuals