MS-1
Arahan Keselamatan Penting
BACA DAN SIMPAN ARAHAN INI
sebelum menggunakan produk.
Apabila menggunakan produk, langkah
keselamatan asas mesti sentiasa diikuti
bagi mengurangkan risiko kebakaran,
kejutan elektrik dan kecederaan kepada
individu, termasuk yang berikut:
AMARAN
1. Produk itu sepatutnya hanya boleh
digunakan untuk tujuan yang
dimaksudkan, seperti yang dihuraikan
dalam manual.
2. Perkakas ini tidak bertujuan untuk
digunakan oleh individu (termasuk kanak-
kanak) kurang upaya dari segi fizikal, deria
atau mental, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, melainkan jika mereka
telah diberikan penyeliaan atau arahan
mengenai penggunaan perkakas oleh
individu yang bertanggungjawab ke atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu diawasi untuk
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas.
3. Jangan cuba membaiki atau membuka
produk sendiri.
4. Jangan sesekali menggunakan produk
jika Kord Kuasa, Penyesuai AC atau
produk pincang tugas atau rosak.
Produk mesti digantikan, dibaiki atau
dibuang oleh pengilang atau Pusat
Servis yang disahkan oleh Sharp atau
agen perkhidmatan yang berkelayakan
untuk mengelakkan apa-apa bahaya.
Sekiranya berlaku apa-apa masalah,
pelarasan, atau pembaikan sila hubungi
Pusat Servis terdekat.
(Bahagian Penyesuai AC berikut tidak
boleh digantikan dan akan dibuang.
- Kord Kuasa, pin pada palam, fius)
5. Ikuti arahan di bawah berkenaan Kord
Kuasa atau Penyesuai AC supaya dapat
mengelakkan daripada berlaku litar
pintas, terlampau panas, kejutan elektrik
atau kebakaran.
a. Gunakan alur keluar AC 220 - 240 volt
sahaja.
(Filipina: Gunakan alur keluar AC 230
volt sahaja.)
b. Gunakan Penyesuai AC produk sahaja.
c. Jangan gunakan Penyesuai AC
produk ini dengan produk lain.
d. Jangan sambungkan ke alur keluar
yang longgar atau rosak.
e. Sentiasa matikan produk sebelum
mencabut Penyesuai AC.
f. Sentiasa cabutkan palam produk
dalam keadaan berikut:
• Sebelum memindahkan produk.
• Sebelum membuka Panel Sisi.
• Sebelum menggantikan penapis.
• Sebelum menyelenggara produk.
• Apabila produk tidak digunakan.
g. Apabila mencabut palam produk,
pastikan anda menarik keluar
Penyesuai AC (pemegang) dan bukan
Kord Kuasa.
h. Pastikan Penyesuai AC bebas
daripada habuk.
i. Berhati-hati agar tidak merosakkan
Kord Kuasa dengan mengambil
langkah berikut.
• Jangan letakkan benda berat di
atas Kord Kuasa.
• Jangan sepit, bengkokkan atau
putarkan Kord Kuasa secara paksa.
• Jangan tutup Kord Kuasa dengan
ambal dan sebagainya.
• Jangan pasang Kord Kuasa
di bawah karpet, perabot atau
perkakas lain.
• Untuk mengelakkan bahaya
tersandung, jauhkan Kord Kuasa
dari tempat yang sering dilalui oleh
orang ramai.
6. Jangan gunakan produk ini berdekatan
tempat berikut.
a. Berdekatan api. (Perkakas gas,
pendiang, lilin yang menyala, rokok,
kemenyan dan sebagainya)
b. Lokasi di tempat yang terdapat gas
mudah terbakar.
• Wasap bergris atau berminyak
terhasil di dapur
• Sisa berminyak
FP-S42_40.indb 1FP-S42_40.indb 1 2024/03/15 10:14:272024/03/15 10:14:27