MS-3
Bahasa Melayu
10. Jangan dedahkan produk kepada hujan,
atau gunakan produk berdekatan air,
di bilik mandi, kawasan mendobi atau
tempat lembap lain.
11. Jangan masukkan jari atau objek asing
ke dalam salur masuk atau salur keluar
udara.
12. Jangan lihat ke dalam salur keluar
udara.
13. Jangan minum air di dalam Tangki Air
atau Dulang Pelembap.
14. Gantikan air di dalam Tangki Air setiap
hari dengan air paip yang segar dan
bersihkan Tangki Air dan Dulang
Pelembap dengan kerap.
Apabila produk tidak digunakan, buang
air di dalam Tangki Air dan Dulang
Pelembap. Membiarkan air di dalam
Tangki Air atau Dulang Pelembap boleh
mengakibatkan kulapuk, bakteria dan
bau busuk. Dalam kes yang jarang
berlaku, bakteria sedemikian boleh
membahayakan kesihatan.
NOTA
- Gangguan Radio atau TV -
Jika produk mengganggu penerimaan radio
atau televisyen, cubalah satu atau lebih
daripada langkah berikut:
1. Ubah atau alih kedudukan antena
penerima.
2. Jauhkan produk dari radio/TV.
3. Sambungkan produk kepada alur
keluar pada litar berbeza daripada yang
disambungkan kepada penerima.
4. Rujuk pengedar atau juruteknik radio/
TV yang berpengalaman untuk bantuan.
AMARAN BERKAITAN
PEMASANGAN
1. Letakkan produk di atas permukaan
yang rata dan stabil dengan peredaran
udara yang mencukupi.
Apabila diletakkan di atas karpet yang
berat, produk mungkin akan bergetar
sedikit.
Letakkan produk di atas permukaan
yang rata untuk mengelakkan
kebocoran air dari Tangki Air dan
Dulang Pelembap.
2. Elakkan tempat penderia terdedah
kepada angin atau tempias secara
langsung jika produk mempunyai
penderia. Ia mungkin mengakibatkan
pincang tugas.
3. Elakkan lokasi di mana perabot, fabrik,
atau item lain boleh bersentuh dan
menyekat salur masuk dan/atau salur
keluar udara.
4. Elakkan tempat yang terdedah kepada
cahaya matahari secara langsung. Ia
boleh menyebabkan perubahan bentuk
atau warna produk.
5. Elakkan lokasi di mana produk terdedah
kepada pemeluwapan atau perubahan
drastik dalam suhu. Suhu bilik yang
sesuai adalah antara 0 ºC – 35 ºC.
6. Elakkan penggunaan di tempat yang
asap bergris atau berminyak dihasilkan.
(seperti di dapur dan sebagainya).
Permukaan Bahagian Utama boleh
retak dan mengakibatkan penderia
pincang tugas.
7. Keupayaan mengumpul habuk produk
adalah berkesan walaupun produk
hanya berada sejauh 3 cm dari dinding,
tetapi dinding atau lantai di sekeliling
boleh menjadi kotor. Sila letakkan
produk jauh dari dinding.
Dinding yang berada betul-betul di
belakang salur keluar udara dan lantai
atau ambal di tempat produk diletakkan
lama-kelamaan akan menjadi kotor.
Apabila menggunakan produk untuk
jangka masa lama di tempat yang
sama, bersihkan dinding, lantai atau
ambal secara berkala.
8. Jangan letakkan produk berdekatan
atau di atas objek panas, seperti dapur
masak atau pemanas, atau di tempat
yang boleh terkena wap air.
AMARAN BERKAITAN
PENAPIS
1. Ikuti arahan dalam manual ini
untuk pemasangan penapis dan
penyelenggaraan. (Halaman 9,
22)
2. Keluarkan penapis daripada beg plastik
sebelum meletakkan di Bahagian
Utama.
3. Jangan kendalikan produk tanpa
penapis dipasang dengan betul.