EasyManua.ls Logo

Sharp KI-N50 - Arahan Keselamatan Penting

Sharp KI-N50
120 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
MS-2
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DAN SIMPAN ARAHAN INI
sebelum menggunakan produk.
Apabila menggunakan perkakas elektrik,
langkah keselamatan asas mesti sentiasa
diikuti bagi mengurangkan risiko kebakaran,
kejutan elektrik dan kecederaan kepada
individu, termasuk yang berikut:
AMARAN
1. Baca semua arahan sebelum
menggunakan produk.
2. Gunakan produk hanya untuk
penggunaan isi rumah seperti
dihuraikan dalam manual ini. Mana-
mana penggunaan lain yang tidak
disyorkan oleh pengilang boleh
mengakibatkan kebakaran, kejutan
elektrik, atau kecederaan kepada
individu.
3. Perkakas ini tidak bertujuan untuk
digunakan oleh individu (termasuk
kanak-kanak) kurang upaya dari
segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang pengalaman dan pengetahuan,
melainkan jika mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan mengenai
penggunaan perkakas oleh individu
yang bertanggungjawab ke atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu diawasi untuk
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas.
4. Jangan gunakan produk jika kord kuasa
atau palamnya rosak, atau produk
gagal berfungsi atau rosak.
5. Jika kord kuasa atau palamnya rosak,
ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
servis, Pusat Servis yang disahkan oleh
Sharp atau individu yang mempunyai
kelayakan serupa bagi mengelakkan
insiden-insiden yang tidak diingini.
Hubungi Pusat Servis terdekat bagi
sebarang masalah, pelarasan, atau
pembaikan.
6. Jangan cuba memperbaiki atau buka
produk sendiri.
7. Ikuti arahan “a” hingga “h” di bawah
untuk kord kuasa atau palam.
Kegagalan untuk mematuhi arahan
boleh mengakibatkan litar pintas,
haba melampau, kejutan elektrik atau
kebakaran.
a. Hanya gunakan alur keluar AC 220-
240 volt.
b. Jangan gunakan produk jika kord
kuasa atau palamnya rosak atau
sambungan ke alur keluar dinding
longgar atau rosak.
c. Sentiasa matikan produk sebelum
mencabut palam kuasa.
d. Sentiasa cabutkan palam produk
dalam keadaan berikut:
Sebelum memindahkan produk.
Semasa menggantikan penapis.
(Walaupun ketika membuka Panel
Belakang)
Semasa mengisi semula air.
Sebelum penyelenggaraan produk.
Apabila produk tidak digunakan.
e. Pastikan anda mencabut palam
kuasa dan bukannya kord kuasa.
f. Jangan sentuh palam kuasa
dengan tangan yang basah apabila
memasukkan atau mencabut palam
dari alur keluar dinding.
g. Buang habuk dari palam kuasa
secara berkala.
h. Sentiasa patuhi perkara berikut
supaya tidak merosakkan kord
kuasa.
Jangan rosakkan kord dengan
Roda Dwipaksi semasa
menggerakkan produk.
Jangan pasang kord di bawah
hamparan. Jangan tutup kord
kuasa dengan ambal kecil,
selendang, atau penutup yang
serupa.
Jangan letakkan benda berat di
atas kord kuasa atau sepit kord itu.
Jangan pasang kord kuasa di
bawah perabot atau perkakas lain.
Pasang kord kuasa jauh dari
kawasan lalu-lalang dan di tempat
ia tidak akan tersandung.
8. Jangan gunakan produk ini berdekatan
perkakas gas, kawasan perapi, api lilin,
pembakaran kemenyan atau percikan
api daripada rokok yang dinyalakan.
Udarakan bilik dengan kerap sekiranya
perkakas gas adalah digunakan dalam
bilik yang sama. Jika tidak, ia boleh
mengakibatkan keracunan karbon
monoksida.
9. Jangan menggunakannya di lokasi di
mana gas mudah terbakar, seperti sisa
berminyak atau wasap bahan kimia.

Related product manuals