EasyManuals Logo

Sharp R-248J User Manual

Sharp R-248J
120 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #54 background imageLoading...
Page #54 background image
A43185 SRS/SRSSC R248J O/M
M-6
Susun bahagian yang paling tebal supaya menghala ke arah luar
piring.
Masak untuk jangkamasa yang paling pendek mengikut apa yang
disyorkan dan tambahkan masa jika perlu.
Makanan yang dimasak melampaui masa boleh berasap atau
menyala.
Lihat resepi untuk cadangan : tuala kertas, pembalut plastik
gelombang mikro atau penutup.
Penutup mengelakkan percikan dan membolehkan makanan
dimasak secara rata.
(Membolehkan kebersihan ketuhar dijaga).
Gunakan cebisan kecil kertas aluminium untuk menyalut bahagian
daging yang nipis untuk mengelakkan daripada terlampau masak.
Dari bahagian luar ke tengah piring, kacau sekali atau dua kali
semasa memasak, jika boleh.
Makanan seperti ayam, hamburger atau steak harus dipaling
sekali semasa memasak.
Makanan seperti bebola daging harus disusun semula semasa
memasak, dari atas ke bawah dan dari tengah ke luar piring.
Selepas masak, pastikan terdapat masa yang mencukupi untuk
makanan dibiarkan.
Keluarkan makanan dari ketuhar dan kacau, jika boleh.
Tutup makanan semasa dibiarkan supaya makanan selesai dimasak
tanpa terlampau masak.
Perhatikan petanda yang menunjukkan bahawa suhu masakan
telah dicapai.
Tanda-tanda secukup masak merangkumi:
- Haba terlepas dari semua bahagian makanan, bukan pada
bahagian tepi sahaja.
- Sendi peha daging ayam-itik dapat digerakkan dengan mudah.
- Daging dan ayam-itik tidak menunjukkan sebarang warna
merah muda.
- Warna ikan menjadi legap dan isi dapat dicungkil dengan
mudah dengan garpu.
Kejadian yang biasa dengan masakan gelombang mikro.
Kelengasan dan kelembapan dalam makanan akan mempengaruhi
kadar kelembapan di dalam ketuhar. Secara am, makanan yang
ditutup tidak akan menyebabkan pengewapan jika dibandingkan
dengan makanan yang tidak ditutup. Pastikan lubang edaran
udara tidak terhalang.
Semasa menggunakan piring hangat atau bahan pemanas, selalu
letakkan bahan penebat haba seperti piring tembikar di bawah
untuk mengelakkan sebarang kerosakan pada piring putar, roda
penetap dan coupling disebabkan oleh pengaruh haba. Jangan
hangatkan piring melebihi masa yang ditetapkan mengikut arahan
penggunaan.
Untuk memasak makanan yang mengandungi lemak yang banyak,
jangan menggunakan pembalut ini kerana ianya akan cair.
Sesetengah bekas plastik yang selamat digunakan dalam ketuhar
gelombang mikro tidak sesuai untuk pemasakan makanan yang
mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.
Susun makanan secara
berhati-hati.
Perhatikan petanda makanan
selesai dimasak.
Biarkan makanan.
Susun semula makanan.
Palingkan makanan.
Kacau makanan.
Balut makanan.
Tutup makanan sebelum
memasak.
Jaga masa masakan.
Piring hangat
Pengewapan.
Plastik pembungkus selamat
ketuhar
Bekas plastik selamat ketuhar
TEKNIK MASAKAN GELOMBANG MIKRO
SRS/SRSSC R248J,Malay,P01-16 04.10.13, 2:44 PM6

Table of Contents

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Sharp R-248J and is the answer not in the manual?

Sharp R-248J Specifications

General IconGeneral
BrandSharp
ModelR-248J
CategoryMicrowave Oven
LanguageEnglish

Related product manuals