Amaran Untuk Mesin
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Arahan Keselamatan
1
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
dan ke atas, dan individu yang kurang upaya dari segi fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai
penggunaan perkakas dengan cara yang selamat dan memahami
tentang bahaya yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan perkakas ini.
Kerja pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan
oleh kanak-kanak jika tanpa pengawasan.
Plag mesti dicabut daripada soket dinding sebelum
membersihkan atau menyelenggarakan perkakas ini. Matikan suis
sebelum membersihkan atau menyelenggarakan perkakas ini.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
penyelenggaraannya atau orang berkelayakan yang
seumpamanya untuk mengelakkan bahaya.
AMARAN: Hanya dibenarkan menggunakan stesen dok
pengecasan boleh tanggal yang disediakan bersama dengan
perkakas ini untuk mengecas semula bateri.
Hanya boleh digunakan dengan stesen dok pengecasan BS2101.
Perkakas ini mengandungi bateri yang hanya boleh diganti oleh
orang yang mahir.
Jangan dekatkan robot pintar ini dengan sumber haba, radiasi
atau puntung rokok yang terbakar. Adalah dilarang sama sekali
untuk menyedut objek seperti berikut menggunakan robot pintar
ini:
1) Semua jenis cecair seperti air dan pelarut;
2) Kapur, habuk simen serta habuk dan sisa pembinaan yang lain;
3) Objek penjana haba, seperti puntung karbon yang tidak
dipadamkan, puntung rokok;
4) Serpihan yang tajam, seperti kaca dan sebagainya;
5) Bahan mudah terbakar dan mudah meletup, seperti petrol dan
produk beralkohol.
Sebelum menggunakan perkakas ini, sila alihkan semua objek
mudah rosak di atas lantai (seperti cermin mata, lampu dan
sebagainya), dan objek yang mungkin berselirat dengan berus
sisi, berus berputar dan roda pemacu (seperti wayar, langsir dan
bahan mudah terjerat yang lain).
Sila beri perhatian kepada rambut anda, dan mengelakkan rambut
anda daripada terjerat pada roda atau berus berputar semasa
anda menggunakan, membersihkan dan menyelenggarakan robot
pintar ini.
Jangan gunakan produk ini pada ketinggian melebihi 2000m.