EasyManua.ls Logo

Philips Aqua Plus 8000 Series - Page 75

Philips Aqua Plus 8000 Series
1207 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
77
Bahasa Melayu
Nota: Modul aqua tidak sesuai untuk lantai lembut seperti permaidani.
Nota: Jangan gunakan muncung air tanpa tangki air dipasangkan untuk
pembersihan.
Awas: Modul aqua tidak boleh digunakan untuk mengaup
lopak air.
Petua dan maklumat penting yang lain
-
Tidak perlu memvakum lantai sebelum mengemop kerana set Vakum & Mop
akan membersihkan lantai keras anda secara aktif untuk menangkap semua
jenis habuk, termasuk cecair dan kesan kotoran. Gunakan set Vakum sahaja
pada permaidani dan ambal.
-
Perkakas ini boleh meninggalkan lopak kecil air di atas lantai jika anda tidak
menggerakkan perkakas semasa mematikannya. Anda boleh mengurangkan
saiz lopak tersebut dengan menggerakkan perkakas ini semasa
mematikannya. Jika perlu, anda boleh mengelap titisan terakhir dengan kain.
Sekatan penggunaan
-
Set Vakum & Mop ini sesuai untuk pemvakuman dan pengelapan semua jenis
lantai keras, kecuali lantai kayu tidak bersalut.
-
Set Vakum & Mop bertujuan untuk pembersihan biasa lantai keras. Sentiasa
ikuti arahan pembersihan untuk lantai keras anda apabila anda
menggunakan perkakas ini.
-
Jika anda ingin menambah pembersih lantai cecair selain Pembersih Lantai
Philips XV1792 ke dalam air di dalam tangki air bersih, pastikan anda
menggunakan pembersih lantai cecair kurang buih atau tidak berbuih yang
boleh dicairkan dalam air seperti Pembersih Lantai Philips XV1792.

Table of Contents

Other manuals for Philips Aqua Plus 8000 Series

Related product manuals