EasyManua.ls Logo

Sharp KI-N40 - Bahasa Melayu

Sharp KI-N40
120 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Terima kasih kerana membeli Pembersih Udara SHARP ini.
Sila baca manual ini dengan teliti sebelum menggunakan produk ini.
Manual ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat untuk rujukan pada masa akan datang.
Bahasa Melayu
ARAHAN KESELAMATAN PENTING ...... 2
NAMA BAHAGIAN ................................... 6
PERSEDIAAN ........................................... 9
OPERASI ................................................ 10
Pembersih udara menyedut udara dalam bilik melalui salur
masuk udara, mengalirkannya melalui Prapenapis, Penapis
Penyahbau dan Penapis HEPA di dalam produk, kemudian
mengeluarkannya melalui salur keluar udara. Penapis HEPA
boleh menyingkirkan 99.97% habuk sekecil 0.3 mikron yang
dapat melalui penapis dan juga membantu menyerap bau.
Penapis Penyahbau menyerap bau sedikit demi sedikit semasa
udara mengalir melalui penapis.
Sesetengah bau yang diserap oleh penapis akan terurai lama-
kelamaan, menyebab- kan bau semakin kuat. Bergantung
pada keadaan penggunaan, dan terutama sekali jika produk
digunakan dalam persekitaran yang jauh lebih teruk berbanding
kediaman biasa, bau ini mungkin menjadi kuat lebih cepat
daripada jangkaan. Jika bau ini berlarutan, gantikan penapis.
Apabila mineral dalam air paip melekat pada penapis serta menjadi keras dan putih, ia akan menyerap bau
di dalam bilik dan menyebabkan pengeluaran bau yang tidak menyenangkan apabila penapis pelembap
kering. (Berbeza-beza bergantung pada kualiti air dan faktor persekitaran lain.)
Jika ini berlaku, jalankan penyelenggaraan Penapis Pelembap. (Halaman 20)
NOTA
Pembersih udara direka untuk menyingkirkan habuk yang terampai di udara dan bau yang disebabkannya.
Pembersih udara tidak direka untuk menyingkirkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida yang
terkandung dalam asap rokok.
Pembersih udara ini mungkin tidak dapat menghapuskan bau sepenuhnya jika sumber bau masih ada
di situ.
Sila Baca Sebelum Mengendalikan Pembersih Udara Anda
ISI KANDUNGAN
Ilustrasi dalam manual arahan ini ialah
KI-N40.
Penapis HEPA
Penapis Penyahbau
Prapenapis
CARA MENUKAR PELBAGAI
TETAPAN ................................................ 14
PENJAGAAN DAN
PENYELENGGARAAN ........................... 18
PENYELESAIAN MASALAH .................. 24
SPESIFIKASI .......................................... 27

Related product manuals