MS-24
PENYELESAIAN MASALAH
•
Sebelum menghubungi Pusat Servis untuk
mendapatkan perkhidmatan, sila semak
semula senarai Penyelesaian Masalah di
bawah, kerana masalah tersebut mungkin
bukan disebabkan kerosakan produk.
MAKLUMAT TENTANG
PRODUK
Bau dan asap berlarutan.
• Periksa penapis. Jika ia kelihatan terlalu kotor,
bersihkan atau gantikan penapis tersebut.
Udara yang dilepaskan daripada produk
mempunyai bau.
• Periksa sekiranya penapis tersebut terlalu kotor.
• Bersihkan atau gantikan penapis itu.
• Hanya gunakan air paip yang segar. Jika
menggunakan sumber air lain, produk akan
terdedah kepada risiko pertumbuhan kulapuk,
kulat, atau bakteria.
Produk tidak berfungsi apabila asap rokok
berada dalam udara.
• Pastikan produk dipasang di tempat yang
penderia boleh mengesan asap rokok.
• Periksa sekiranya bukaan Penderia Habuk
Sensitif tersekat atau tersumbat. Jika ia tersekat
atau tersumbat, bersihkan Penapis Penderia atau
Panel Belakang.
Bau daripada produk dan/atau penapis
baharu.
• Sebaik sahaja membuang beg plastik, sedikit bau
boleh terhidu. Bau ini tidak menjejaskan prestasi
penapis atau pendedahan kepada manusia.
Produk membuat bunyi klik atau detikan.
• Produk boleh membuat bunyi klik atau detikan
apabila ia sedang menjana ion.
Penunjuk Kebersihan kekal biru walaupun
semasa udara tidak bersih.
• Udara mungkin telah menjadi kotor apabila palam
produk dipasangkan. Cabut palam produk, tunggu
seminit dan kemudian pasang palam produk semula.
Penunjuk Kebersihan kekal merah
walaupun semasa udara bersih.
• Bukaan Penderia Habuk Sensitif yang kotor
atau tersumbat mengganggu fungsi penderia.
Bersihkan Penapis Penderia atau Panel Belakang
dengan perlahan.
Cara menggantikan Unit
•
Sila rujuk pengedar anda untuk
membeli Unit penggantian.
•
Gunakan hanya Unit yang direka
bentuk untuk produk ini.
IZ-C90ME
(1 unit)
1.
Tanggalkan cangkuk Pemegang Unit
(
1
) and tanggalkan Unit (
2
).
2.
Pasang Unit Baharu.
• Apabila Unit telah digantikan dengan bahagian
alat ganti baharu, pemasa akan ditetapkan semula
dan kembali ke 19,000 jam.
Pelupusan Unit
Sila lupuskan Unit terpakai menurut undang-undang
dan peraturan pelupusan tempatan.
Bahan:
Polibutilena Tereftalat, bahagian alat ganti
elektronik.