EasyManuals Logo

EMS AIRFLOW EL-185 Reprocessing Instructions

EMS AIRFLOW EL-185
128 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #75 background imageLoading...
Page #75 background image
75
EN BG CS DA DE EL ES ET FI FR HR HU ID IT KO LT LV MS NL NO PL PT RO RU SK SL SV TH TR VI
05 MEMERIKSA
Jika kotoran masih boleh dilihat pada produk selepas pembersihan/penyahjangkitan, seluruh prosedur pembersihan/penyahjangkitan
mesti diulang semula. Produk yang terdapat kerosakan yang boleh dilihat, sumbing/repih, kakisan atau kecacatan mesti dilupuskan
(tidak dibenarkan untuk digunakan lagi). Periksa juga keutuhan gegelang O dan gasket dan gantikan jika rosak atau cacat.
Sahkan bahawa produk itu telah kering sepenuhnya. Sekiranya baki air dikesan, keringkan menggunakan pistol udara (udara
termampat bersih). Keringkan sepenuhnya lumen dan keseluruhan produk sehingga tiada lagi baki air yang tertinggal (boleh
dilihat atau boleh dikesan).
06 MEMBUNGKUS
Hanya produk yang telah dibersihkan dan dinyahjangkit sebelum ini perlu disterilkan.
Pensterilan yang berkesan perlu dijalankan pada produk yang telah dikeringkan sepenuhnya sahaja. Pastikan setiap
bahagian (lumen dalaman dan mana-mana permukaan) telah kering sepenuhnya sebelum dipasang semula dan dibungkus.
Sebelum proses pensterilan, produk perlu diletakkan di dalam pembungkusan pensterilan yang sesuai.
Hanpis PIEZON
®
:
Produk ini mesti disterilkan apabila dirungkas atau dipasang semula.
Jika anda memilih untuk memasang semula produk: pasang semula
gelang O dahulu, kemudian letakkan pemandu cahaya ke dalam
tukup muncung dan skrukan pada hanpis.
Instrumen PIEZON
®
dengan CombiTorque
®
:
Pasang semula instrumen asal dengan
CombiTorque
®
.
Endochuck PIEZON
®
:
Pasang semula gegelan O kecil (gasket) dahulu,
dan kemudian skrukan secara perlahanlahan bolt
penahanan tanpa mengetatkan.
Bungkus produk anda dengan kantung tunggal atau berganda:
• sesuai untuk pensterilan haba lembap pravakum,
• mematuhi ISO 11607-1 atau EN 868,
• tahan pada suhu 138°C
• dan dengan stim kebolehtelapan yang mencukupi (cth. Gulungan rata Wipak STERIKING Jenis R43 dan R44).
07 MENSTERILKAN
Pensterilan mesti dijalankan sejurus selepas
pembersihan-penyahjangkitan.
Corak pemuatan yang ditentukan oleh pengilang autoklaf
mesti dipatuhi.
JANGAN melebihi
• bilangan maksimum kitaran pensterilan yang dibenarkan.
• suhu pensterilan pada 138°C dan masa pegangan selama
20 min.
JANGAN gunakan prosedur pensterilan udara panas dan
pensterilan radio: prosedur ini boleh memusnahkan produk.
EMS mengesyorkan untuk tidak menggunakan pensteril
kelas N untuk memproses semula hanpis PIEZON
®
melainkan
termasuk sekurang-kurangnya 20 minit kitaran pengeringan.
Jangka hayat Hanpis PIEZON
®
boleh dikurangkan.
Pensterilan haba lembap terhadap produk akan dijalankan
mengikut ISO 17665 dan dengan mematuhi keperluan negara
masing-masing.
Proses haba lembap (stim) pravakum boleh digunakan dengan
mana-mana produk EMS yang dibungkus di dalam kantung
tunggal atau berganda:
Parameter untuk kitaran haba lembap pravakum:
• 3 fasa pravakum
• Tekanan sebanyak 3 bar
8
• Kelembapan sebanyak 100%
• Suhu minimum 132°C
3 min (minimum)
Masa bertahan (kitaran penuh)
20 min (minimum)
Mengeringkan
Pengguna mesti memastikan bahawa proses pemprosesan
semula, termasuk sumber, bahan dan kakitangan, berupaya
untuk mencapai hasil yang diperlukan dan dikekalkan mengikut
perjalanan masa: pengguna bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa pengesahan proses pemprosesan semula
dikemas kini sepanjang masa.
08 MENYIMPAN
Simpan produk yang disterilkan pada suhu sehingga 40°C dalam persekitaran yang:
• kering,
• bersih,
• dan bebas debu.
8 Tekanan mutlak

Other manuals for EMS AIRFLOW EL-185

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the EMS AIRFLOW EL-185 and is the answer not in the manual?

EMS AIRFLOW EL-185 Specifications

General IconGeneral
BrandEMS
ModelAIRFLOW EL-185
CategoryDental equipment
LanguageEnglish

Related product manuals