EasyManua.ls Logo

Philips Sonicare ProtectiveClean 5300 - Pengenalan; Arahan keselamatan penting; Amaran

Philips Sonicare ProtectiveClean 5300
114 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Bahasa Melayu
46
Bahasa Melayu
Pengenalan
Selamat datang ke keluarga Philips Sonicare!
Berus gigi ini membolehkan anda memperoleh hasil
penyingkiran plak yang lebih baik, gigi yang lebih putih
dan gusi yang lebih sihat. Sonicare menggabungkan
teknologi sonik lembut dan ciri yang telah dibangunkan
serta terbukti secara klinikal untuk memastikan anda
akan mendapat pembersihan terbaik pada setiap masa.
Sokongan lanjut dan pendaftaran produk tersedia untuk
anda menerusi: www.philips.com/support
Arahan keselamatan penting
Hanya gunakan produk untuk tujuan penggunaan
produk ini. Baca maklumat penting ini dengan teliti
sebelum anda menggunakan produk dan bateri serta
aksesorinya, dan simpan untuk rujukan pada masa
hadapan. Penyalahgunaan boleh menyebabkan bahaya
atau kecederaan serius.
Amaran
- Pastikan pengecas dan pensanitasi UV dijauhkan
daripada air.
- Selepas pembersihan, pastikan pengecas dan/atau
pensanitasi telah kering sepenuhnya sebelum anda
membuat sambungan kepada pengecas USB/soket
dinding.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak dan
orang yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan jika mereka diberi pengawasan dan
arahan berkenaan penggunaan perkakas secara
selamat dan memahami bahaya yang mungkin
berlaku. Pembersihan dan penyelenggaraan oleh
pengguna tidak harus dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa pengawasan.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan
bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.

Table of Contents

Related product manuals