56
Bahasa Melayu
Peringatan Penggantian Kepala Berus
Philips Sonicare anda dilengkapi dengan teknologi
BrushSync yang menjejaki kelusuhan kepala berus anda.
Nota: Ciri ini hanya berfungsi dengan kepala berus pintar
Philips Sonicare dengan teknologi BrushSync.
1
Apabila anda memasang kepala berus pintar yang
baru buat pertama kali, pemegang mengenal pasti
bahawa anda memasang kepala berus Philips dengan
teknologi BrushSync dan mula mengesan kehausan
kepala berus.
2
Dari semasa ke semasa, pemegang mengesan
kehausan kepala berus untuk menentukan masa
optimum bagi penggantian kepala berus anda
berdasarkan tekanan yang dikenakan dan kekerapan
kepala berus digunakan. Ciri ini menjamin
pembersihan dan penjagaan terbaik untuk gigi anda.
3
Apabila penanda peringatan penggantian kepala
berus menyala kuning jingga, anda perlu
menggantikan kepala berus anda.
Semua kepala berus pintar baharu disertakan dengan ciri
peringatan penggantian kepala berus yang diaktifkan.
Untuk menyahaktifkan peringatan penggantian kepala
berus, lihat 'Mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri'.
EasyStart
Model Philips Sonicare ini disediakan dengan ciri
EasyStart diaktifkan. Ciri EasyStart meningkatkan kuasa
secara beransur-ansur pada 14 pemberusan pertama
untuk membantu anda membiasakan diri memberus gigi
dengan Philips Sonicare.
Penafian
Apabila berus gigi Philips Sonicare digunakan dalam
kajian klinikal, berus gigi tersebut mestilah digunakan
dalam mod Clean pada keamatan tinggi dengan
pemegang dicas sepenuhnya dan ciri EasyStart
dinyahaktifkan.
Untuk menyahaktifkan EasyStart (lihat “Mengaktifkan
atau menyahaktifkan ciri”).