49
Bahasa Melayu
- Jangan buka, ubah suai, tebuk, rosakkan atau
merungkas produk atau bateri untuk mengelak bateri
daripada memanas atau melepaskan bahan toksik
atau berbahaya. Jangan pintaskan litar, terlebih cas
atau melakukan pengecasan berbalik pada bateri.
- Perkakas ini mengandungi bateri yang tidak boleh
digantikan. Apabila bateri hampir mencapai
penghujung hayat, perkakas tersebut harus
dilupuskan dengan betul, lihat bahagian tentang kitar
semula.
- Jika bateri rosak atau bocor, elakkan daripada
tersentuh kulit atau mata. Jika ini berlaku, bilas segera
dengan air dan dapatkan rawatan perubatan.
- Apabila mengendalikan bateri, pastikan tangan anda,
produk dan bateri sentiasa kering.
- Untuk mengelakkan litar pintas bateri yang tidak
disengajakan selepas pengeluaran, jangan biarkan
terminal bateri tersentuh objek logam (mis. syiling,
pin rambut, cincin). Jangan balut bateri dengan
kerajang aluminium. Tampalkan pita pelekat pada
terminal bateri atau letakkan bateri di dalam beg
plastik sebelum dibuang.
- Cas dan gunakan produk pada suhu antara 0 °C
hingga 40 °C (32 °F hingga 104 °F).
Keadaan sesuai untuk penyimpanan dan pengangkutan
Suhu -10°C hingga 60°C (14°F hingga 140°F).
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan
peraturan yang berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Arahan Peralatan Radio
Dengan ini, Philips mengisytiharkan bahawa berus gigi
elektrik dengan jenis peralatan radio (Bluetooth, NFC)
mematuhi Arahan 2014/53/EU.
- Antara muka frekuensi radio Bluetooth dalam produk
yang berkenaan beroperasi pada 2.4 GHz.
- Kuasa output maksimum oleh perkakas Bluetooth
ialah 3 dBm.