64
Bahasa Melayu
Penggantian
Gantikan kepala berus Philips Sonicare setiap 3 bulan
sekali untuk mencapai hasil yang optimum. Gunakan
kepala berus gantian Philips Sonicare sahaja.
Mencari nombor model
Lihat bahagian bawah pemegang berus gigi Philips
Sonicare untuk mengetahui nombor model (HX64XX,
HX68XX).
Kitar semula
- Simbol ini bermakna bahawa produk elektrik dan
bateri tidak harus dibuang bersama sampah rumah
biasa.
- Patuhi peraturan negara anda untuk pengambilan
produk elektrik dan bateri secara berasingan.
- Mentol lampu UV pada pensanitasi mengandungi
merkuri. Jangan buang mentol lampu UV bersama
sampah rumah biasa di akhir hayatnya. Serahkan
mentol tersebut ke tempat pengumpulan rasmi untuk
kitar semula.
Bateri boleh cas semula terbina dalam hanya boleh
dikeluarkan oleh pakar yang berkelayakan apabila
perkakas dibuang. Sebelum mengeluarkan bateri,
pastikan bateri benar-benar kosong.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Bateri boleh cas semula terbina dalam hanya boleh
dikeluarkan oleh pakar yang berkelayakan apabila
perkakas dibuang. Sebelum mengeluarkan bateri,
pastikan bateri benar-benar kosong.
Ambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya
apabila anda mengendalikan alat untuk membuka
perkakas dan apabila anda membuang bateri
boleh cas semula. Pastikan anda melindungi mata,
tangan, jari dan permukaan tempat kerja anda.
Apabila mengendalikan bateri, pastikan tangan
anda, produk dan bateri sentiasa kering.