47
Bahasa Melayu
- Hanya gunakan aksesori atau barangan pakai habis
Philips yang tulen. Hanya gunakan pengecas yang
disediakan dengan produk. Sekiranya dibekalkan,
hanya gunakan kabel USB tulen dan unit bekalan
kuasa USB.
- Perkakas ini tidak mengandungi bahagian yang boleh
diservis pengguna. Jika perkakas tersebut rosak,
berhenti menggunakan perkakas itu dan hubungi
Pusat Khidmat Pengguna di negara anda. Peranti
dengan kord sahaja: Sekiranya kord rosak, gantikan
pengecas dengan pensanitasi yang baharu.
- Jangan gunakan pengecas dan/atau pensanitasi UV
di luar atau berdekatan permukaan panas.
- Jangan bersihkan mana-mana bahagian produk ini di
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
- Perkakas ini hanya direka bentuk untuk
membersihkan gigi, gusi dan lidah.
- Jauhkan pensanitasi daripada kanak-kanak pada
setiap masa.
- Berhenti menggunakan pensanitasi jika mentol
cahaya UV kekal hidup apabila pintu dibuka. Cahaya
UV boleh memudaratkan mata dan kulit manusia.
- Hanya gunakan pensanitasi dengan skrin pelindung
dipasang.
- Jangan sentuh mentol lampu UV pensanitasi UV
semasa mentol tersebut panas.
- Berhenti menggunakan kepala berus dengan bulu
kejur yang renyuk atau bengkok. Gantikan kepala
berus setiap 3 bulan sekali atau lebih awal jika tanda-
tanda haus kelihatan.
- Elakkan sentuhan langsung dengan produk yang
mengandungi minyak pati atau minyak kelapa.
Sentuhan mungkin menyebabkan bulu berus
tertanggal.
AMARAN PERUBATAN
- Berhenti menggunakan perkakas ini dan berjumpa
dengan doktor gigi/doktor anda sekiranya
pendarahan berlebihan berlaku selepas penggunaan,
jika pendarahan terus berlaku setelah 1 minggu
penggunaan atau jika anda mengalami
ketidakselesaan atau kesakitan.