MS-3
AMARAN BERKAITAN OPERASI
• Jangan halang salur masuk atau salur keluar
udara.
• Sentiasa kendalikan unit utama dalam
kedudukan menegak.
• Jangan alihkan unit utama semasa ia sedang
beroperasi.
• Apabila mengalihkan unit utama, gunakan
pemegang di kedua-dua sisinya.
• Jika unit utama terletak di atas lantai yang
mudah rosak, permukaan lantai yang tidak
rata atau permaidani yang tebal, angkat unit
utama ini semasa mengalihkannya.
• Jangan gunakan unit utama jika penapis tidak
dipasang dengan betul.
• Jangan cuci dan guna semula penapis HEPA
serta penapis Penyahbau.
Berbuat demikian tidak akan meningkatkan
prestasi penapis dan juga boleh
menyebabkan kejutan elektrik atau kegagalan
operasi.
• Bersihkan bahagian luarnya dengan kain
lembut sahaja.
Jangan gunakan cecair yang mudah meruap
atau bahan pencuci.
Permukaan unit utama boleh rosak atau
merekah apabila menggunakan Benzena,
pencair cat atau serbuk penggilap. Selain itu,
ia boleh mengakibatkan penderia rosak.
• Pastikan unit utama jauh dari air.
• Jangan sental Panel Belakang dengan kuat
semasa menyelenggaranya.
GARIS PANDUAN
PEMASANGAN
• Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
penderia terdedah terus kepada angin.
Berbuat demikian boleh menyebabkan unit
utama rosak.
• Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan
perabot, kain atau objek lain terkena unit
utama dan mengganggu penyedutan dan
pengeluaran udara.
• Elakkan lokasi yang boleh menyebabkan unit
utama terdedah kepada pemeluwapan atau
perubahan suhu yang mendadak. Suhu bilik
yang sesuai adalah antara 0 – 35 °C.
• Letakkan unit utama di atas permukaan yang
rata dan stabil dengan peredaran udara yang
mencukupi.
Apabila diletakkan di atas permaidani yang
tebal, unit utama mungkin akan bergetar
sedikit.
• Elakkan lokasi yang mengeluarkan asap
yang bergris atau berminyak.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
bahagian luar unit utama merekah dan
penderia rosak.
• Keupayaan unit utama mengumpul habuk
berkesan walaupun unit utama hanya 3 cm
dari dinding, dan sekitar dinding serta lantai
kotor. Sila letakkan unit utama jauh dari
dinding.
Dinding yang berada betul-betul di belakang
salur keluar udara lama-kelamaan mungkin
akan menjadi kotor. Jika anda menggunakan
unit utama di tempat yang sama untuk
tempoh yang lama, bersihkan dinding yang
bersebelahan dengannya dari semasa ke
semasa.
GARIS PANDUAN
PENAPIS
• Ikuti arahan dalam manual ini untuk
penjagaan dan penyelenggaraan penapis
yang betul.
(halaman 10)
FP-J80E_EV_EP_L_J60E_MS.indd 3 2018/09/07 15:47:49