MS-3
AMARAN SEMASA
PEMASANGAN
1. Letakkan produk di atas permukaan yang
rata dan stabil dengan peredaran udara yang
mencukupi.
Apabila diletakkan di atas karpet yang berat,
produk mungkin akan bergetar sedikit.
2. Elakkan tempat penderia terdedah kepada
angin atau tempias secara langsung jika
produk mempunyai penderia. Ia mungkin
mengakibatkan pincang tugas.
3. Elakkan lokasi di mana perabot, fabrik, atau item
lain boleh bersentuh dan menyekat salur masuk
dan/atau salur keluar udara.
4. Elakkan tempat yang terdedah kepada cahaya
matahari secara langsung. Keadaan ini boleh
menyebabkan produk ubah bentuk atau warna.
5. Elakkan lokasi di mana produk terdedah kepada
pemeluwapan atau perubahan drastik dalam
suhu. Gunakan di bawah keadaan yang sesuai
antara 0ºC – 35ºC.
6. Elakkan penggunaan di lokasi yang asap bergris
atau berminyak dihasilkan (seperti di dalam
dapur dan sebagainya). Permukaan Bahagian
Utama boleh retak dan mengakibatkan penderia
pincang tugas.
7. Dinding betul-betul di belakang salur keluar
udara dan lantai atau ambal, tempat produk
diletakkan lama-kelamaan boleh menjadi kotor.
Apabila menggunakan produk untuk jangka
masa lama di tempat yang sama, bersihkan
dinding, lantai atau ambal secara berkala.
8. Jangan letakkan produk berdekatan atau di atas
objek panas, seperti dapur masak atau pemanas,
atau di tempat yang boleh terkena wap air.
AMARAN BERKAITAN
PENAPIS
1. Ikuti arahan dalam manual ini untuk
pemasangan penapis dan penyelenggaraan
(Halaman 7, 17).
2. Keluarkan penapis dari beg plastik sebelum
meletakkan penapis tersebut di dalam Bahagian
Utama.
3. Jangan kendalikan produk tanpa penapis
dipasang dengan betul.
4. Jangan basuh dan gunakan semula Penapis
Micro HEPA Plus dan Penapis Penyahbau.
Ia tidak akan menambah baik prestasi penapis
dan juga boleh mengakibatkan kejutan elektrik
atau kerosakan pengendalian.
5. Jangan kendalikan produk di dalam bilik yang
mengandungi racun serangga aerosol. Keadaan
ini boleh mengakibatkan bau racun serangga
tersebut kekal berada di dalam produk dan
dilepaskan dari salur keluar udara.
AMARAN BERKAITAN
OPERASI
1. Jangan sekat salur masuk atau salur keluar
udara.
2. Sentiasa kendalikan produk dalam kedudukan
menegak.
3. Apabila membawa produk, pegang produk
dengan pemegang di kedua-dua bahagian.
4. Sentiasa angkat produk apabila menggerakkan
produk tersebut di atas lantai yang mudah rosak,
permukaan yang tidak rata, atau karpet.
5. Jangan gunakan produk yang mengandungi
fluororesin atau silikon (kosmetik, produk
penjagaan rambut dan sebagainya) berdekatan
dengan produk. Fluororesin atau silikon boleh
tersangkut di dalam produk dan menyebabkan
Ion Plasmacluster tidak dapat dihasilkan.
AMARAN BERKAITAN
PENYELENGGARAAN
1. Ikuti arahan dalam manual ini untuk
penyelenggaraan (Halaman 16 - 20).
2. Bersihkan bahagian luar dengan hanya
menggunakan kain lembut.
3. Jangan gunakan bahan pencuci selain daripada
yang dinyatakan dalam manual ini (Halaman
17). Jangan gunakan bendalir dan/atau bahan
pencuci mudah meruap.
Permukaan Bahagian Utama mungkin
mengalami kerosakan atau retak dengan
pembersih mengkakis yang kuat, benzina,
pencair cat, serbuk penggilap atau gris.
Di
samping itu, penderia boleh menjadi pincang
tugas akibat daripada itu, sekiranya produk
tersebut mempunyai penderia.
4. Jangan gosok Prapenapis dengan kuat semasa
penyelenggaraan.
5. Apabila menggantikan penapis atau mana-mana
aksesori, gunakan bahagian yang ditentukan
dalam manual ini.