EasyManuals Logo

Sharp FX-S120 User Manual

Sharp FX-S120
100 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #47 background imageLoading...
Page #47 background image
MS-21
Bahasa Melayu
PENYELESAIAN MASALAH
Sebelum menghubungi Pusat Servis untuk
mendapatkan perkhidmatan, sila semak
semula senarai Penyelesaian Masalah di
bawah, kerana masalah tersebut mungkin
bukan disebabkan kerosakan produk.
MAKLUMAT TENTANG
PRODUK
Bau dan asap berterusan.
Periksa penapis. Jika ia kelihatan terlalu kotor,
bersihkan atau gantikan penapis tersebut.
Udara yang dilepaskan daripada produk
mempunyai bau.
Periksa sekiranya penapis tersebut terlalu kotor.
Bersihkan atau gantikan penapis itu.
Produk tidak berfungsi apabila asap rokok
berada dalam udara.
Pastikan produk dipasang di tempat yang
penderia boleh mengesan asap rokok.
Periksa sekiranya bukaan Penderia Habuk
Sensitif tersekat atau tersumbat. Jika ia tersekat
atau tersumbat, bersihkan Penapis Penderia.
Bau daripada produk dan/atau penapis
baharu.
Sebaik sahaja membuang beg plastik, sedikit bau
boleh terhidu. Bau ini tidak menjejaskan prestasi
penapis atau memudaratkan manusia.
Produk membuat bunyi klik atau detikan.
Produk boleh membuat bunyi klik atau detikan
apabila ia sedang menjana ion.
Penunjuk Kebersihan kekal biru walaupun
semasa udara tidak bersih.
Udara mungkin telah menjadi kotor apabila palam
produk dipasangkan. Cabut palam produk, tunggu
seminit dan kemudian pasang palam produk
semula.
Penunjuk Kebersihan kekal merah
walaupun semasa udara bersih.
Bukaan Penderia Habuk Sensitif yang kotor
atau tersumbat mengganggu fungsi penderia.
Bersihkan Penapis Penderia dengan perlahan.
Adakah bahagian penderia di bahagian belakang
disekat oleh dinding?
Jika anda merasakan tindak balas penunjuk
kebersihan adalah perlahan, letakkan produk kira-
kira 3cm jauh dari dinding.
Penunjuk Kebersihan berubah warna
dengan kerap.
Penunjuk Kebersihan berubah warna secara
automatik apabila Penderia Habuk Sensitif dan
Penderia Bau Sensitif mengesan kekotoran. Jika
anda bimbang tentang perubahan itu, anda boleh
mengubah sensitiviti penderia. (Halaman 12,
13)
Penunjuk Penggantian Penapis
dihidupkan.
Selepas menggantikan penapis, sambungkan
kord kuasa kepada alur keluar dan kemudian
tekan Butang Tetapkan Semula Penapis lebih
daripada 3 saat. (Halaman 18)
Paparan dipadamkan.
Apabila Kawalan Cahaya ditetapkan kepada
“Auto”, lampu dimatikan secara automatik semasa
bilik menjadi gelap atau berfungsi dalam mod
tidur. Tambahan pula, apabila Kawalan Cahaya
ditetapkan kepada “DIMATIKAN”, lampu sentiasa
dimatikan.
Jika anda tidak mahu lampu dimatikan, tetapkan
Kawalan Cahaya kepada tetapan “Malap”.
(Halaman 12, 13)
Paparan tidak sepadan dengan laporan
cuaca atau higrometer atau termometer
lain di dalam bilik.
Di luar dan di dalam, serta persekitaran rumah
(jumlah trafik yang berdekatan, bilangan
tingkat di dalam rumah dan sebagainya) boleh
menyebabkan bacaan berbeza daripada data
tersebut.
Perbezaan tahap boleh didapati di dalam bilik
yang sama.
dipaparkan.
Pastikan Unit Penjanaan Ion Plasmacluster telah
dimasukkan dengan betul.
Tarik keluar Unit Penjanaan Ion Plasmacluster
dan masukkan di bahagian hujung sekali lagi dan
kemudian jalankan semula pengendalian.
Satu daripada berikut dipaparkan.
Cabut palam produk, tunggu seminit dan
kemudian pasang palam produk semula.

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Sharp FX-S120 and is the answer not in the manual?

Sharp FX-S120 Specifications

General IconGeneral
BrandSharp
ModelFX-S120
CategoryAir Cleaner
LanguageEnglish

Related product manuals