EasyManuals Logo

Sharp FX-S120 User Manual

Sharp FX-S120
100 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #28 background imageLoading...
Page #28 background image
MS-2
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DAN SIMPAN ARAHAN INI sebelum
menggunakan produk.
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah
keselamatan asas mesti sentiasa diikuti bagi
mengurangkan risiko kebakaran, kejutan elektrik dan
kecederaan kepada individu, termasuk yang berikut:
AMARAN
1. Baca semua arahan ini sebelum menggunakan
produk.
2. Gunakan produk hanya untuk penggunaan
isi rumah seperti dihuraikan dalam manual
ini. Mana-mana penggunaan lain yang tidak
disyorkan oleh pengilang boleh mengakibatkan
kebakaran, kejutan elektrik, atau kecederaan
kepada individu.
3. Perkakas ini tidak bertujuan untuk digunakan
oleh individu (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
melainkan jika mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan mengenai penggunaan
perkakas oleh individu yang bertanggungjawab
ke atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas.
4. Jangan mengguna produk jika kord kuasa atau
palamnya rosak, atau produk gagal berfungsi
atau rosak.
5. Jika kord kuasa atau palamnya rosak, ia mesti
diganti oleh pengilang, ejen servis, Pusat Servis
yang disahkan oleh Sharp atau individu yang
mempunyai kelayakan serupa bagi mengelakkan
insiden-insiden yang tidak diingini.
Hubungi Pusat Servis terdekat bagi sebarang
masalah, pelarasan, atau pembaikan.
6. Jangan cuba memperbaiki atau buka produk
sendiri.
7. Ikuti arahan di bawah untuk kord kuasa atau
palam. Jika tidak, litar pintas, haba melampau,
kejutan elektrik atau kebakaran boleh berlaku.
a. Hanya gunakan alur keluar AC 220 - 240 volt.
b. Jangan gunakan produk jika kord kuasa atau
palamnya rosak atau sambungan ke alur
keluar dinding longgar atau rosak.
c. Sentiasa matikan produk sebelum mencabut
palam kuasa.
d. Sentiasa cabutkan palam produk dalam
keadaan berikut:
Sebelum memindahkan produk.
Semasa menggantikan penapis. (Walaupun
ketika membuka Panel Sisi.)
Sebelum penyelenggaraan produk.
Apabila produk tidak digunakan.
e. Pastikan anda menarik palam kuasa dan
bukannya kord kuasa apabila mencabut
palam produk.
f. Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan
yang basah apabila memasukkan atau
mencabut palam dari alur keluar dinding.
g. Buang habuk dari palam kuasa secara berkala.
h. Sentiasa mematuhi perkara berikut supaya
tidak merosakkan kord kuasa.
Jangan pasang kord di bawah hamparan.
Jangan tutup kord kuasa dengan ambal
kecil, selendang, atau penutup yang serupa.
Jangan letakkan benda berat di atas kord
kuasa atau sepit kord itu.
Jangan pasang kord kuasa di bawah
perabot atau perkakas lain.
Pasang kord kuasa jauh dari kawasan
lalu-lalang dan di tempat ia tidak akan
tersandung.
8. Jangan gunakan produk ini berdekatan perkakas
gas, kawasan perapi, api lilin, pembakaran
kemenyan atau percikan api daripada rokok
yang dinyalakan.
Apabila produk dikendalikan dengan perkakas
gas di dalam bilik yang sama, sila alih udara
bilik secara berkala, jika tidak, ini boleh
mengakibatkan keracunan karbon monoksida.
9. Jangan mengguna di lokasi di mana gas mudah
terbakar, seperti sisa berminyak atau wasap
bahan kimia.
10. Jangan dedahkan produk kepada hujan, atau
gunakan produk berdekatan dengan air di bilik
mandi, kawasan mendobi atau tempat lembap
lain.
11. Jangan masukkan jari atau objek asing ke dalam
salur masuk atau salur keluar udara.
12. Jangan lihat ke dalam salur keluar udara.
13. Jangan letakkan apa-apa pada produk. Objek
boleh masuk melalui saluran keluar udara dan
menyebabkan produk tidak berfungsi.
NOTA
- Gangguan Radio atau TV -
Jika produk mengganggu penerimaan radio atau
televisyen, cubalah satu atau lebih daripada langkah
berikut:
1. Ubah atau alih kedudukan antena penerima.
2. Jauhkan produk dari radio/TV.
3. Sambungkan produk kepada alur keluar pada
litar berbeza daripada yang disambungkan
kepada penerima.
4. Rujuk pengedar atau juruteknik radio/TV yang
berpengalaman untuk bantuan.

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Sharp FX-S120 and is the answer not in the manual?

Sharp FX-S120 Specifications

General IconGeneral
BrandSharp
ModelFX-S120
CategoryAir Cleaner
LanguageEnglish

Related product manuals