EasyManuals Logo

Sharp FX-S120 User Manual

Sharp FX-S120
100 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #48 background imageLoading...
Page #48 background image
MS-22
MAKLUMAT TENTANG
FUNGSI Wi-Fi
Sambungan Wi-Fi pembersih udara dan
penghala tidak berfungsi.
Periksa spesifikasi penghala yang digunakan.
Laraskan penghala dan arah antena, pindahkan
penghala dan antena supaya berada lebih
dekat dan seterusnya. Selepas itu, tukar semula
untuk menghidupkan penghala dan lakukan
PERSEDIAAN AWAL sekali lagi.
Sambungan antara pembersih udara
dan peranti pintar anda tidak dapat
diwujudkan.
Adakah pembersih udara dan peranti pintar anda
bersambung kepada penghala yang sama?
Sambungkan pembersih udara dan peranti
pintar anda kepada penghala yang sama.
Jika anda masih tidak dapat mewujudkan
penyambungan, cuba sambungkan peranti
pintar anda kepada jalur 2.4GHz atau jalur
5GHz penghala.
Adakah jumlah bilangan peranti pintar yang
sedang digunakan melebihi bilangan maksimum
yang didaftarkan pada satu pembersih udara?
Bilangan maksimum peranti pintar yang boleh
didaftarkan pada satu pembersih udara ialah 10.
Adakah jumlah produk (pendingin hawa,
pembersih udara dan sebagainya) yang perlu
didaftarkan dengan satu peranti pintar melebihi
bilangan maksimum yang ditetapkan?
Bilangan maksimum produk yang perlu
didaftarkan dengan satu peranti pintar ialah 30.
Pengendalian jarak jauh daripada peranti
pintar tidak boleh dilakukan.
• Adakah Penunjuk Wi-Fi pembersih udara dihidupkan?
Jika Penunjuk Wi-Fi dimatikan, sila lakukan
“A1: Penyesuai Wi-Fi DIHIDUPKAN/
DIMATIKAN” untuk menghidupkan Wi-Fi
produk. (Halaman 14)
Adakah sambungan antara pembersih udara dan
peranti pintar anda telah dilengkapkan?
Sediakan sambungan antara pembersih udara
dan peranti pintar anda. (Halaman 9)
Adakah penunjuk Wi-Fi pembersih udara sedang
berkerdipan?
Jika penunjuk Wi-Fi sedang berkerdipan,
periksa status komunikasi di Internet.
Selepas memasukkan palam kuasa pembersih
udara ke dalam alur keluar, ia mungkin mengambil
sedikit masa sebelum penunjuk Wi-Fi menyala.
Anda tidak boleh mengendalikan produk melalui
peranti pintar apabila Penunjuk Wi-Fi tidak menyala.
Apabila menukar penghala
Menjadi suatu keperluan untuk menyambungkan
semula pembersih udara kepada penghala.
1. Tahan butang “Wi-Fi” selama 3 saat untuk
menghentikan fungsi Wi-Fi.
2. Melakukan “PERSEDIAAN AWAL:
2
Sambungan pembersih udara dan penghala”.
(Halaman 8)
Apabila menukar peranti pintar
Lakukan langkah berikut.
1. Padamkan pendaftaran peranti pintar lama
daripada Aplikasi yang ditetapkan.
2. Gunakan peranti pintar baharu untuk
melakukan “PERSEDIAAN AWAL:
1 Muat turun & Daftar diri dan
3
Pastikan sambungan antara pembersih
udara dan peranti pintar”. (Halaman 8, 9)
Apabila hendak melupuskan atau
menyerahkan pembersih udara
Lakukan langkah berikut, untuk mengelakkan
pendedahan maklumat peribadi.
1. Padamkan pendaftaran pembersih udara
daripada Aplikasi yang ditetapkan.
2. Lakukan “A4: Permulaan fungsi Wi-Fi”.
(Halaman 14)
Sekiranya pembersih udara anda
diserahkan daripada pihak ketiga
Untuk mengelakkan capaian tanpa kebenaran
daripada pihak ketiga, lakukan “A4: Permulaan
fungsi Wi-Fi”. (Halaman 14)
Penunjuk Wi-Fi berkerdipan dengan perlahan
Ini ialah satu daripada status berikut.
A. Sambungan Wi-Fi pembersih udara dan
penghala sedang dalam persediaan.
B. Sambungan Wi-Fi pembersih udara dan peranti
pintar sedang dalam persediaan.
C. Perisian untuk fungsi Wi-Fi dalam pembersih
udara sedang dikemas kini.
Penunjuk Wi-Fi berkerdipan dengan cepat
Ralat rangkaian. Sila sahkan status rangkaian Wi-
Fi daripada “A7: Paparkan status rangkaian Wi-
Fi”. (Halaman 15)
Penunjuk Wi-Fi padam
Pembersih udara tidak boleh menyambung
kepada penghala. Semak perkara berikut:
A. Adakah palam kuasa disambungkan dengan betul?
B. Adakah fungsi Wi-Fi telah dihentikan? Sahkan
status rangkaian Wi-Fi daripada “A7: Paparkan
status rangkaian Wi-Fi”. (Halaman 15)
Satu daripada “ ” hingga “ ” tidak
boleh dipilih dalam mod tetapan Wi-Fi.
(Halaman 14 - 15)
Jika penyesuai Wi-Fi dimatikan, satu daripada
“A2” hingga “A6” mungkin tidak boleh dipilih.

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the Sharp FX-S120 and is the answer not in the manual?

Sharp FX-S120 Specifications

General IconGeneral
BrandSharp
ModelFX-S120
CategoryAir Cleaner
LanguageEnglish

Related product manuals