MS-18
Buang habuk pada penapis.
NOTA
• Jangan basuh penapis. Jangan dedahkan
kepada cahaya matahari (Jika tidak, penapis
ini boleh hilang keberkesanannya.)
PENAPIS MICRO HEPA PLUS
Hanya selenggara dan bersihkan permukaan yang
ditandakan. Jangan bersihkan permukaan bertentangan.
Penapis itu mudah rosak, oleh itu, process pembersihan
perlu berhati-hati supaya tidak mengenakan tekanan yang
berlebihan.
Label
PENAPIS PENYAHBAU
Kedua-dua permukaan boleh diselenggara dan
dibersihkan.
Penapis itu mudah rosak, oleh itu, process pembersihan
perlu berhati-hati supaya tidak mengenakan tekanan yang
berlebihan.
Sesetengah bau yang diserap oleh penapis, boleh terurai
lama-kelamaan dan menyebabkan bau semakin kuat.
Bergantung pada keadaan penggunaan, terutama sekali
jika produk digunakan dalam persekitaran yang jauh lebih
teruk berbanding dengn kediaman biasa, bau ini mungkin
menjadi kuat lebih cepat daripada jangkaan.
Gantikan penapis dalam hal tersebut atau jika habuk tidak
dapat dibuang selepas penyelenggaraan.
PENYELENGGARAAN PENGGANTIAN
Penunjuk Penggantian Penapis
Penunjuk Penggantian Penapis akan mula berkelip-
kelip bagi mengingatkan yang penggantian penapis
perlu dilakukan. Kelajuan kelipan menjadi semakin
cepat apabila penapis perlu ditukar dengan segera.
Jangka hayat penapis berbeza bergantung pada
mod pengendalian dan persekitaran bilik.
Berkelip dengan perlahan Berkelip dengan pantas
Selepas penapis digantikan, sambungkan palam
kuasa kepada alur keluar dinding dan tekan Butang
Kuasa DIHIDUPKAN/DIMATIKAN, kemudian
tekan dan tahan Butang Tetapkan Semula Penapis
selama 3 saat untuk menetapkan semula Penunjuk
Penggantian Penapis.
Tekan
selama 3 saat.
♪
DIMATIKAN
Rujuk halaman 7 untuk arahan mengenai cara
memasang penapis semasa proses penggantian.
•
Sila rujuk pengedar anda untuk pembelian penapis
penggantian.
•
Hanya gunakan penapis yang direka bentuk untuk
produk ini.
Disyorkan supaya anda mencatat tarikh apabila
penapis digantikan untuk rujukan masa depan.
FZ-S12H2E
(2 unit)
FZ-S70D2E
(2 unit)
Pelupusan Penapis
Sila lupuskan penapis yang digantikan menurut
undang-undang dan peraturan pelupusan tempatan.
Bahan Penapis Micro HEPA Plus:
Polipropilena, Polietilena
Bahan Penapis Penyahbau:
Polipropilena, Poliester, Karbon yang Diaktifkan
NOTA
• Jangan basuh dan gunakan semula penapis
yang digantikan.