Pembersih udara menyedut udara dalam bilik melalui salur masuk udara, mengalirkannya
melalui Prapenapis, Penapis Penyahbau dan Penapis HEPA di dalam unit utama, kemudian
mengeluarkannya melalui salur keluar udara. Penapis HEPA boleh menyingkirkan 99.97 % habuk
sekecil 0.3 mikron yang dapat melalui penapis dan juga membantu menyerap bau. Penapis
Penyahbau menyerap bau sedikit demi sedikit semasa udara mengalir melalui penapis.
Sesetengah bau yang diserap oleh penapis, lama-kelamaan boleh terurai dan menyebabkan
bau semakin kuat. Bergantung pada keadaan penggunaan, dan terutama sekali jika unit utama
digunakan dalam persekitaran yang jauh lebih teruk berbanding kediaman biasa, bau ini mungkin
menjadi kuat lebih cepat daripada jangkaan. Jika bau ini berlarutan, gantikan penapis.
NOTA
• Pembersih udara direka untuk menyingkirkan habuk yang terampai di udara dan bau yang
disebabkannya.
Pembersih udara tidak direka untuk menyingkirkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida yang
terkandung dalam asap rokok.
Pembersih udara ini mungkin tidak dapat menghapuskan bau sepenuhnya jika sumber bau masih ada di
situ.
Sila baca sebelum mengendalikan Pembersih Udara baru anda
Penapis HEPA
Prapenapis
Penapis Penyahbau
MS-1
MALAYSIA
FP-J50_MS.indd 1 2020/08/31 11:13:25