11
n Mod Senyap
Matikan bunyi bip untuk persekitaran yang lebih senyap.
Dalam mod sedia “- - - -”, tekan dan tahan butang [ – ] selama 3 saat.
“BEEP OFF” akan ditunjuk pada skrin paparan selama 3 saat dan
kemudian kembali kepada “- - - -”. Fungsi Bip akan terpadam dan unit
tidak akan berbunyi semasa dan selepas memasak. Untuk mengaktifkan
semula bunyi bip, tekan dan tahan butang [ + ] selama 3 saat. “BEEP ON”
akan ditunjuk pada tingkap paparan selama 3 saat dan kemudian kembali
kepada “- - - -”.
n Fungsi Kekal Hangat
Digunakan untuk mengekal kepanasan atau memanaskan makanan.
Kecuali ketika menggunakan fungsi STIR FRY, selepas masa memasak
sudah tamat, unit akan bertukar kepada fungsi WARM (Kekal Hangat)
secara automatik selama 12 jam jika fungsi WARM tidak dibatalkan semasa
pilihan program. Tekan butang [CANCEL] untuk membatalkan program
WARM.
Untuk menutup fungsi Kekal Hangat secara automatik untuk membolehkan
makanan sejuk selepas habis memasak, tekan butang [WARM] sekali untuk
membatalkan seting sebelum program bermula. Lampu penunjuk merah
untuk [WARM] akan terpadam.
Fungsi Masa Asal Pemasa Suhu
Warm
(Kekal Hangat)
12 jam
0:30-12:00,
Masa akan maju dalam
masa selang 30 minit
68°C -70°C
Untuk memanaskan makanan:
1. Masukkan periuk dalaman ke dalam periuk tekanan. Kemudian, masukkan
makanan ke dalam periuk dalaman.
2. Letak penutup di atas periuk, bariskan pin kunci-diri dengan simbol buka
kunci dan pusingkan penutup mengikut arah lawan jam untuk tutup rapat.
3. Pusingkan tombol pengawal tekanan kepada “STEAM”.
4. Tekan butang [WARM] . Tekan [ + ] atau [ – ] untuk melaraskan masa dan
tunggu 4 saat. Unit akan mula memanas secara automatik.
5. Apabila masa sudah tamat, unit akan berbunyi bip untuk menandakan
bahawa proses pemanasan telah tamat.
Mod Sedia Beep On Beep Off