23
PENYELESAIAN MASALAH
Jika periuk tekanan anda terkesan sebarang masalah atau sambungan yang salah, kod akan
ditunjuk pada paparan dan unit akan berhenti berfungsi. Kod-kod ini membolehkan anda
mengenal pasti punca masalah dan membantu anda mencari penyelesaian. Jika masalah
berterusan, sila hantar unit anda ke pusat servis bertauliah yang terdekat untuk pemeriksaan dan
pembaikan.
E1: Litar dalaman terputus.
Penyelesaian: Hantar unit anda ke pusat servis bertauliah yang terdekat untuk pemeriksaan
dan pembaikan.
E2: Litar pintas pada sensor dalaman dan arus elektrik tidak mencukupi atau unit
terlalu panas.
Penyelesaian: Cuba matikan suis pada unit dan keluarkan periuk dalaman untuk
menyejukkannya.
E3: Unit terlalu panas.
Penyelesaian: Cuba matikan unit dan keluarkan periuk dalaman untuk menyejukkannya.
Jika mesej E3 berterusan, periuk dalaman atau plat pemanasan mungkin
akan rosak. Anda mungkin perlu menghantar unit anda ke pusat servis
bertauliah yang terdekat untuk pemeriksaan dan pembaikan.
E4: Suis tekanan tidak berfungsi.
Penyelesaian: Semak periuk untuk sebarang perubahan bentuk. Semak plat pemanasan
untuk sebarang sisa makanan.