EasyManua.ls Logo

Noxxa PC 36 - Sebelum Penggunaan Kali Pertama

Noxxa PC 36
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
6
18. JANGAN cuba membuka penutup apabila unit sedang memasak di bawah tekanan.
19. Pastikan tekanan dilepaskan sepenuhnya dengan memusingkan tombol pengawal
tekanan kepada “STEAM” (Wap) dan injap terapung telah turun sebelum membuka
penutup.
20. JANGAN cuba mencucuk injap terapung .
21. Pastikan tangan dan muka jauh daripada tombol pengawal tekanan apabila
melepaskan tekanan daripada periuk untuk mengelakkan wap panas melecur.
22. Selepas memasak, berhati-hati apabila membuka penutup dengan menghadapkannya
menjauhi anda.
23. Periuk tekanan ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh sesiapa (termasuk kanak-
kanak) yang kurang keupayaan fizikal, deria, atau mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, kecuali mereka yang telah diberi pengawasan atau arahan mengenai
penggunaan periuk ini oleh pihak yang bertanggung jawab di atas keselamatan
mereka.
24. Pengawasan orang dewasa harus disediakan apabila periuk tekanan ini digunakan oleh
atau berdekatan dengan kanak-kanak.
25. Penyeliaan rapi terhadap kanak-kanak diperlukan untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan peralatan ini.
26. Sila baca SELURUH BUKU PANDUAN sebelum menggunakannya.
PERALATAN INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN ISI RUMAH SAHAJA
PENGILANG DAN NOXXA TIDAK AKAN MENERIMA APA-
APA LIABILITI JIKA PERALATAN INI DIGUNA UNTUK TUJUAN
KOMERSIAL ATAU DALAM APA-APA CARA YANG TIDAK
MEMATUHI ARAHAN PANDUAN.
!
SEBELUM PENGGUNAAN KALI PERTAMA
1. Keluarkan semua bahan pembungkusan dan buku panduan dari periuk. Keluarkan periuk
dalaman dan keluarkan sebarang kertas di bawahnya. Tanggalkan pelindung plastik dari panel
kawalan dan sebarang pelekat dari periuk dalaman dan bahagian luar periuk.
2. Cuci semua bahagian bukan elektrik yang boleh tanggal dengan air suam bersabun. Bilas dan
keringkan semua bahagian dengan cermat. Lap bahagian luar periuk dan penutup dengan
kain lembap. JANGAN cuci mana-mana bahagian di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk.
3. Selepas semua bahagian dikeringkan, masukkan semula periuk dalaman ke dalam ruang
periuk sebelum memasak.
4. Pastikan gasket silikon dipasang dengan betul. Untuk memastikan kedudukan gasket yang
betul, isi periuk dalaman dengan 2/3 air dan masak dengan fungsi MANUAL selama 15 minit.
(Lihat “Fungsi Operasi”).
5. Lepaskan tekanan dengan memusing tombol pengawal tekanan kepada “STEAM”. Injap
terapung akan turun selepas tekanan dilepaskan.
6. Biarkan periuk sejuk kemudian kosongkan dan bersihkan.