13
FUNGSI OPERASI
n Fungsi Memasak Tekanan
• High Pressure (Tekanan Tinggi)
(Sup, Daging/Rebusan, Nasi, Bijirin, Bubur, Manual)
Program-program ini membolehkan makanan dimasak dengan lebih
cepat di bawah tekanan dengan mengurangkan masa memasak
sehingga 70% berbanding dengan cara memasak tradisional.
Memasak di bawah tekanan adalah cepat, mudah, selamat dan sihat.
• Low Pressure (Tekanan Rendah)
Membolehkan anda memasak makanan seperti telur, ikan, pasta,
sayur dan makanan laut yang tidak memerlukan masa panjang untuk
masak.
Fungsi Tekanan Seting Tekanan Masa Asal Masa Pratetap Pemasa Suhu
Soup/Broth
(Sup)
Tinggi 65 kPa 30 min
Less 20 min
0:01-4:00,
Masa akan
maju dalam
masa selang
1 minit
100°C - 120°C
Normal 30 min
More 4 hours
Meat/Stew
(Daging/
Rebusan)
Tinggi 65 kPa 35 min
Less 20 min
Normal 35 min
More 45 min
Low Pressure
(Tekanan
Rendah)
Rendah 35 kPa 5 min
Less 3 min
Normal 5 min
More 10 min
Rice
(Nasi)
Tinggi 65 kPa 7 min
Less 5 min
Normal 7 min
More 10 min
Multigrain
(Bijirin)
Tinggi 65 kPa 40 min
Less 20 min
Normal 40 min
More 60 min
Porridge
(Bubur)
Tinggi 65 kPa 20 min
Less 5 min
Normal 20 min
More 30 min
Manual Tinggi 65 kPa 1 min
N/A
1. Setiap kali sebelum digunakan, pastikan gasket silikon dan injap pengawal tekanan adalah
bersih dan dipasangkan dengan betul pada periuk.
2. Sambungkan unit kepada plag dinding dan pasangkan suis. Unit akan berbunyi bip dan lampu
pada paparan akan menyala.
3. Masukkan periuk dalaman ke dalam periuk dan masukkan bahan mengikut resipi. Apabila
memasak di bawah tekanan, sekurang-kurangnya 1 cawan (250ml) cecair diperlukan.
PERHATIAN:
Jangan mengisi periuk melebihi paras 2/3 dengan makanan dan cecair. Jangan mengisi
periuk melebihi ½ periuk ketika memasak makanan yang akan mengembang semasa
sedang dimasak.