EasyManua.ls Logo

Noxxa PC 36 - Page 14

Noxxa PC 36
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
14
4. Letak penutup di atas periuk, bariskan pin kunci-diri dengan simbol buka kunci dan pusingkan
penutup mengikut arah lawan jam untuk tutup rapat.
5. Pusingkan tombol pengawal tekanan kepada “PRESSURE” (Tekanan).
6. Pilih fungsi memasak tekanan yang dikehendaki. Tekan butang fungsi yang dipilih berulang
kali untuk memilih masa memasak yang dikehendaki. Jika anda ingin menukar seting masa
tersebut, tekan butang [ + ] atau [ ] untuk melaraskannya. Biarkan 4 saat dan unit akan
bermula secara automatik. “ON”akan ditunjuk pada paparan. (Fungsi Memori Pemasa Pintar
akan menyimpan seting masa ini untuk kegunaan seterusnya).
7. Jika anda ingin membatalkan sebarang pilihan sebelum program bermula, tekan dan tahan
butang [WARM/CANCEL] selama 3 saat. Unit akan kembali kepada mod sedia.
8. Apabila tekanan telah dicapai, unit akan mula count down dan lampu tekanan (Pres) pada
tingkap paparan akan menyala. Paparan bawah akan menunjukkan tekanan (kPa) di dalam
periuk. Ini menunjukkan bahawa proses memasak sudah bermula. Injap terapung akan naik
untuk memberitahu bahawa terdapat tekanan di dalam periuk.
9. Apabila masa memasak tamat, unit akan berbunyi bip dan bertukar kepada fungsi WARM
(kekal hangat), dengan masa count down dari 12:00. Paparan masih akan menunjukkan
bacaan tekanan di dalam periuk. Tekan butang [CANCEL] (batal) untuk menghentikan
program WARM.
10. Setelah masa memasak sudah tamat, lepaskan tekanan sebelum membuka penutup. Terdapat
dua cara untuk melepaskan tekanan:
i) Cara melepaskan tekanan dengan pantas:
Lepaskan tekanan serta-merta dengan memusingkan tombol pengawal tekanan kepada
STEAM”. (Jangan gunakan cara ini untuk memasak resipi yang pekat seperti cili, sup atau
rebusan).
ii) Biarkan periuk melepaskan tekanan sendiri:
Biarkan unit selepas memasak untuk melepaskan tekanan secara sendiri tanpa
memusingkan tombol pengawal tekanan kepada “STEAM”. Ini akan mengambil masa
beberapa minit, di mana makanan di dalam periuk akan sambung memasak. Anda akan
tahu bila tekanan telah dilepaskan kerana injap terapung akan turun dan bacaan tekanan
pada paparan akan terpadam. Pada masa ini, penutup boleh dibuka.
11. Sebaik semua tekanan dilepaskan, buka penutup dengan memusingkannya mengikut arah
jam, hadapkan jauh daripada diri anda untuk mengelak daripada terkena wap panas.
PERHATIAN:
Sesetengah makanan cenderung berbuih ketika dimasak seperti barli, kekacang,
oat, bubur, mi/pasta, dan sebagainya. Ini mungkin akan menyekat dan menghalang
injap tekanan jika periuk dalaman diisi terlalu penuh. Jangan mengisi periuk dalaman
melebihi ½ periuk semasa memasak makanan seperti ini di bawah tekanan.
PERHATIAN:
Masa memasak mungkin berbeza-beza disebabkan unit perlu membina tekanan.
WASPADA:
Wap yang keluar dari periuk adalah sangat panas, dan mungkin mengandungi
titisan cecair panas. Pastikan supaya menggunakan sarung tangan ketuhar atau
tuala dapur semasa melepaskan tekanan.
!
AMARAN:
SELEPAS MEMASAK, PERIUK DALAMAN AKAN MENJADI PANAS.
GUNAKAN SARUNG TANGAN KETUHAR ATAU TUALA DAPUR UNTUK
MENGENDALIKANNYA ATAU BIARKAN SEJUK SEBELUM MENGELUARKANNYA.
!