EasyManua.ls Logo

Noxxa PC 36 - Page 2

Noxxa PC 36
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
2
Periuk Tekanan Elektrik Serbaguna Noxxa
Pelanggan Yang Dihormati,
Terima kasih kerana memilih untuk membeli Periuk Tekanan Elektrik Serbaguna Noxxa yang
baru dan telah dinaik taraf. Ini merupakan satu produk keperluan di mana ia mempunyai
system operasi “Satu Sentuhan untuk Memasak” di mana anda boleh memilih fungsi
Tekanan Tinggi, Tekanan Rendah, Kek/Bakar, Tumis, Kukus, Masak Perlahan, Kekal Hangat
dan Memanas Semula dalam produk yang sama dengan hanya satu pilihan pada panel
kawalan LED. Makanan boleh disediakan dengan lebih mudah menggunakan Pemasa
Tangguh untuk mula memasak pada masa yang diingini dan juga fungsi Manual tambahan
untuk memudahkan tetapan masa untuk memasak dengan tekanan tinggi.
Terdapat 2 skrin paparan berserta butang dengan lampu LED yang mudah digunakan pada
panel kawalan. Biasakan diri anda dengan produk ini terlebih dahulu dengan membaca
buku panduan. Terdapat banyak petua dan cara yang terkandung di dalam buku panduan
ini yang boleh membantu anda dalam penggunaan produk ini. Anda bukan sahaja akan
berasa lebih selesa dengan produk ini, malah akan lebih yakin untuk menggunakannya.
Dengan Periuk Tekanan Elektrik Serbaguna Noxxa, anda boleh menjimatkan masa dan
tenaga untuk menyediakan pelbagai hidangan seperti nasi, sayuran goreng, sup, kari dan
kek sebagai pencuci mulut. Memasak tidak pernah sebegini ringkas dan mengujakan!
Selamat memasak!