9
1. Tombol Pengawal Tekanan
Pusing tombol pengawal tekanan kepada kedudukan “PRESSURE” (Tekanan) apabila
menggunakan fungsi tekanan seperti SOUP/BROTH, MEAT/STEW, LOW PRESSURE, RICE,
MULTI GRAIN, PORRIDGE, dan fungsi MANUAL(Sup, Daging/Rebusan, Tekanan Rendah,
Nasi, Bijirin, Bubur, dan Manual). Pusing tombol kepada kedudukan “STEAM” (Wap) apabila
melepaskan tekanan selepas menggunakan fungsi-fungsi tersebut dan apabila mengunakan
fungsi CAKE/BAKE, STEAM, SLOW COOK dan fungsi WARM (Kek/Bakar, Tumis, Kukus,
Masak Perlahan dan Kekal Hangat).
2. Penutup kunci-diri
Penutup akan terkunci sendiri apabila ia ditutup dengan betul. Ia mempunyai ciri keselamatan
yang membolehkan anda tidak dapat membuka penutup sehingga semua tekanan
dibebaskan.
3. Pemegang tidak panas
Pemegang yang tidak panas membolehkan anda membuka penutup dan mengendalikannya
dengan mudah.
4. Penutup dengan Keluli Tahan Karat
Mengurangkan masa untuk tekanan turun di dalam periuk selepas memasak.
5. Injap Terapung
Mengawal jumlah tekanan di dalam periuk dengan membebaskan tekanan berlebihan jika
terlalu banyak tekanan terbina.
6. Takungan pemeluwapan
Mengumpul pemeluwapan berlebihan ketika memasak. Kosongkan takungan jika terdapat air
di dalamnya.
7. Gasket silikon
Mewujudkan kedap udara yang diperlukan untuk tekanan beroperasi. Semak supaya tiada
sebarang kerosakan sebelum digunakan. Gantikan dengan yang baru jika perlu.
8. Penutup anti-sekat
Mengelakkan sisa makanan daripada melekat di bahagian bawah tombol pengawal tekanan.
Tarik keluar untuk dibersihkan.
9. Plat Pemanasan dan Sensor Suhu
Kedua-dua elemen mengawal suhu memasak di dalam periuk.
10. Periuk dalaman mudah alih
Periuk Aluminum mudah alih dengan kapasiti 8 Liter membolehkan pengagihan haba yang
seragam.
11. Ruang Periuk
Jangan gunakan ruang periuk ini untuk memasak tanpa periuk dalaman. Sebelum memasak,
pastikan periuk dalaman dimasukkan ke dalam ruang periuk terlebih dahulu. Semua bahan
makanan seharusnya dimasukkan ke dalam periuk dalaman SAHAJA.
12. Panel Kawalan
Lampu penunjuk LED merah dengan 2 skrin paparan; Paparan atas menunjukkan masa
memasak atau masa menyimpan hangat. Paparan bawah menunjukkan masa tangguhan,
tekanan (kPa), atau suhu (°C).