LG KF600 | Panduan Pengguna
18
Pelayar
Pelayar
Anda boleh mengakses pelbagai perkhidmatan
WAP (Wireless Application Protocol) seperti
perbankan, berita, laporan cuaca dan maklumat
penerbangan. Perkhidmatan ini direka khas
untuk telefon bimbit dan diselenggarakan oleh
pembekal khidmat WAP.
Periksa ketersediaan perkhidmatan WAP, harga
dan tarif dengan operator rangkaian anda dan/
atau pembekal khidmat yang perkhidmatannya
ingin anda gunakan. Pembekal khidmat akan
juga memberi anda arahan tentang cara
menggunakan perkhidmatan mereka.
Setelah disambungkan, halaman utama akan
dipaparkan. Kandungannya bergantung kepada
pembekal khidmat. Untuk keluar dari penyemak
imbas pada bila-bila masa, tekan kekunci
(e). Telefon akan kembali ke menu melahu.
Menavigasi dengan pelayar WAP
Anda boleh melayari Internet dengan
menggunakan sama ada kekunci telefon atau
menu pelayar WAP.
Menggunakan kekunci telefon
Semasa melayari Internet, kekunci telefon
berfungsi dengan cara yang berlainan daripada
mod telefon.
Kekunci Perihalan
u
d
Menskrol ke stiap baris di
kawasan kandungan
c
Kembali ke halaman
sebelumnya
O
Pilih op-syen dan
mengesahkan tindakan
Menggunakan menu pelayar WAP
Terdapat pelbagai pilihan menu yang tersedia
semasa melayari Mobile Web.
PETUA! Menu pelayar WAP mungkin berbeza,
bergantung kepada versi pelayar anda.
KF600_Malay_0222.indd 18 2007.2.22 4:1:38 PM