LG KF600 | Panduan Pengguna
24
Alatan
Alatan
Jam penggera Menu 3.1
Anda boleh menetapkan jam penggera agar
berbunyi pada masa yang ditentukan.
1 Pilih Hidup dan masukkan masa penggera
yang anda ingini.
2 Pilih tempoh ulangan: Sekali, Sehari, Isn-Jum,
Isn-Sab, Sab-Ah.
3 Tatal ke bawah dan pilih sama ada anda ingin
penggera untuk Mengikut profil, Sentiasa
bunyi atau Sentiasa getar.
4 Tatal ke bawah untuk memilih bunyi penggera.
Sentuh Cari untuk memilih bunyi baru.
5 Tatal ke bawah dan masukkan nama
bagi penggera atau simpan nama yang
dicadangkan.
6 Sentuh Simpan.
PETUA! Anda boleh menetapkan sehingga 5
penggera.
PETUA! Walaupun telefon anda mati, fungsi
penggera masih berfungsi pada masa yang
ditetapkan. Jika anda tap Tidur kemudian selepas
5 minit penggera akan berbunyi semula dan jika
anda tap BERHENTI, mesej “Hidupkan telefon anda”
muncul.
Kalendar Menu 3.2
Tambah peristiwa pada kalendar anda
(Menu 3.2.1)
1 Pilih tarikh yang anda ingin tambah peristiwa
kepadanya. Anda boleh memilih tarikh sama
ada dengan menetal kepada ia menggunakan
anak panah InteractPad atau dengan
menyentuh dan memasukkan tarikh
secara manual.
PETUA! Sebaik sahaja sesuatu peristiwa disimpan
dalam kalendar anda, anda perlu memilih Pergi ke
tarikh selepas menyentuh untuk memasukkan
tarikh untuk menetapkan peristiwa.
2 Sentuh Baru dan masukkan masa yang anda
ingin peristiwa anda bermula. Tatal ke bawah
menggunakan anak panah InteractPad dan
masukkan masa tamat peristiwa anda.
3 Tatal ke bawah lagi dan pilih sama ada
anda ingin menetapkan Penggera untuk
peristiwa itu. Tatal ke kiri atau kanan untuk
melihat pilihan yang disediakan. Anda boleh
memilih untuk penggera berbunyi pada
permulaan peristiwa atau pada tempoh masa
yang tetap sebelum peristiwa bermula untuk
mengingatkan anda peristiwa tersebut akan
datang.
KF600_Malay_0222.indd 24 2007.2.22 4:1:39 PM