LG KF600 | Panduan Pengguna
64
Untuk keselamatan anda
Sila baca garis panduan mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah. Maklumat terperinci lanjut diberi
dalam manual ini.
AMARAN!
• Telefon Mudah alih mesti dimatikan pada setiap
ketika semasa berada di dalam pesawat.
• Jangan pegang telefon di dalam tangan anda
semasa memandu.
• Jangan guna telefon anda berhampiran stesen
minyak, depot bahan bakar, loji kimia atau
operasi peletupan.
• Untuk keselamatan anda, guna HANYA bateri
dan pengecas TULEN yang ditetapkan.
• Jangan kendalikan telefon anda dengan
tangan yang basah apabila ia sedang dicas. Ia
mungkin menyebabkan kejutan elektrik atau
kerosakan serius kepada telefon anda.
• Simpan telefon di tempat yang selamat jauh
dari capaian kanak-kanak kecil. Ia termasuk
bahagian-bahagian yang kecil yang, jika
tertanggal mungkin menyebabkan bahaya
tercekik.
AWAS!
• Matikan telefon di sebarang kawasan apabila
dikehendaki berbuat demikian oleh pihak
berkuasa. Sebagai contoh, jangan guna telefon
anda di hospital, jika tidak ia akan menjejaskan
peralatan perubatan yang sensitif.
• Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia
di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh
itu, anda tidak harus bergantung semata-mata
pada telefon mudah alih anda untuk membuat
panggilan kecemasan.
• Hanya guna aksesori TULEN untukb
mengelakkan kerosakan kepada telefon anda.
• Semua pemancar radio membawa risiko
gangguan dengan bahagian elektronik yang
berhampiran. Gangguan yang sedikit boleh
menjejas TV, radio, PC, dan sebagainya.
• Bateri hendaklah dilupuskan menurut
perundangan yang digunapakai.
• Jangan buka telefon atau bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan
dengan jenis yang tidak betul.
Untuk keselamatan anda
KF600_Malay_0222.indd 64 2007.2.22 4:1:51 PM