EasyManuals Logo

LG KF600d User Manual

LG KF600d
282 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Page #193 background imageLoading...
Page #193 background image
65
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah. Maklumat terperinci lanjut diberi
dalam manual ini.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi 
radio
Maklumat Pendedahan kepada
gelombang radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model KF600 telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan
yang digunapakai untuk pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang
termasuk margin keselamatan untuk memastikan
keselamatan semua orang, tidak mengira umur
dan tahap kesihatan.
v
Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan telefon memancarkan paras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
v
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap
SAR pelbagai model telefon LG, ia semua
direka bentuk untuk memenuhi garis panduan
relevan bagi pendedahan kepada gelombang
radio.
v
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) Antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
v
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini
yang diuji oleh DASY4 untuk penggunaan pada
telinga ialah 0.471 W/kg (10g) dan apabila
dipakai pada badan ialah 0.743 W/kg (10g).
v
Maklumat SAR bagi penduduk di negara/
kawasan yang telah mengambil had SAR yang
disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan
Elektronik (Institute of Electrical dan Electronics
Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan
ke atas satu (1) gram tisu (misalnya Amerika
Syarikat, Kanada, Australia dan Taiwan).
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN!
Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk penggunaan khusus bagi
model telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau
waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan
mungkin merbahaya.
KF600_Malay_0222.indd 65 2007.2.22 4:1:52 PM

Table of Contents

Other manuals for LG KF600d

Questions and Answers:

Question and Answer IconNeed help?

Do you have a question about the LG KF600d and is the answer not in the manual?

LG KF600d Specifications

General IconGeneral
BrandLG
ModelKF600d
CategoryCell Phone
LanguageEnglish

Related product manuals