2
2-3
MAKLUMAT KESELAMATAN
Berat maksima:
168 kg (370 lb)
Elakkan Keracunan Karbon Monoksida
Semua ekzos pada enjin mengandungi
karbon monoksida, gas yang mendatangkan
maut. Bernafas udara yang mengandungi
karbon monoksida akan menyebabkan sakit
kepala, pening, sesak nafas, rasa loya,
kebingungan dan berkemungkinan men-
datangkan maut.
Karbon monoksida tidak berwarna, tidak
berbau, tiada rasa yang mana akan ada
walaupun anda tidak lihat atau bau asap
ekzos. Tahap bahaya karbon monoksida
boleh meningkat dengan cepat dan boleh
menjadikan kehilangan kawalan diri dalam
masa yang singkat. Juga, gas ini boleh berada
dalam ruang yang mempunyai pengudaraan
yang lemah selama beberapa jam atau
mungkin beberapa hari. Jika anda mengalami
simtom-simtom keracunan gas karbon
monoksida ini, tinggalkan kawasan itu
secepat mungkin, dapatkan udara yang segar
dan DAPATKAN RAWATAN PERUBATAN.
Jangan hidupkan enjin di dalam kawasan
tertutup. Walaupun menggunakan kipas
ataupun membuka tingkap dan pintu
untuk pengudaraan, karbon monoksida
boleh meningkat ke paras bahaya
dengan cepat.
Jangan hidupkan enjin dalam
ruang yang mempunyai pengudaraan
yang lemah dan kawasan yang separuh
tertutup seperti garaj, bangsal atau
tempat letak kereta yang berbumbung.
Jangan hidupkan enjin di kawasan luar
yang boleh menyebabkan asap ekzos
memasuki bangunan melalui tingkap
ataupun pintu.
Bebanan
Menambah muatan atau alatan tambahan
pada motosikal boleh menjejaskan
kestabilan dan kawalan sekiranya pen-
gagihan berat berbeza. Untuk mengelak
kemungkinan berlakunya kemalangan,
berhati-hati semasa menambah alatan
tambahan atau muatan dan pemanduan
yang cermat. Disini, disediakan informasi
mengenai alatan tambahan dan panduan
am untuk diikuti apabila menambah muatan
pada motosikal:
Jumlah berat penunggang, pembonceng,
alatan tambahan dan muatan tidak boleh
melebihi berat maksimum yang telah
ditetapkan. Pengendalian yang melebihi
muatan akan menyebabkan kemalangan.
Apabila membawa muatan dengan berat
yang ditetapkan, sentiasa mengikuti
arahan berikut:
Motosikal ini tidak direka untuk
menarik kenderaan lain atau
dipasang kereta penunggang
disebelahnya.
Berat muatan dan alat kelengkapan
sepatutnya dikekalkan rendah dan
dekat dengan motosikal seboleh
mungkin. Pastikan pengagihan berat
diantara kedua-dua belah sisi
motosikal anda adalah seimbang untuk
mengurangkan ketidakseimbangan
atau meningkatkan kestabilan.
Penukaran berat boleh membuatkan
ketidakseimbangan secara tiba-tiba.
Pastikan alat kelengkapan dan muatan
diletakkan dengan cara yang selamat
pada motosikal sebelum ditunggang.
Sentiasa periksa ikatan kesemua alat
kelengkapan dan muatan.
Melaras suspensi bersesuaian
dengan berat muatan, ( modal yang
menpunyai suspensi pelarasan
sahaja) dan periksa tekanan angin
dan keadaan tayar.
Jangan letakkan sesuatu yang
besar atau berat pada handlebar,
cabang hadapan atau alas geseran
hadapan. Kesemua alat ini, boleh
menyebabkan ketidakstabilan
pengawalan atau pengawalan
pemusingan stereng.