5–3
PERINGATAN
• Jika lampu amaran menyala semasa
memandu, besar kemungkinan
paras bendalir brek telah berkurang
menyebabkan pembrekan yang kurang
berkesan. Apabila keberkesanan
pembrekan menurun, letak kenderaan
anda di tempat yang selamat dengan
segera dengan menekan kuat injak
brek. Kemudian, hubungi Pusat Servis
Perodua yang berdaftar.
• Apabila kedua-dua lampu ini dan
lampu amaran sistem brek anti-kekunci
menyala, sistem brek anti-kekunci (ABS)
mungkin mengalami kepincangan.
Terdapat juga kemungkinan kenderaan
menjadi tidak stabil apabila membrek
secara mengejut dilakukan. Letak
kenderaan anda di tempat yang selamat
dengan segera dan hubungi Pusat
Servis Perodua yang berdaftar.
Jika aras bendalir brek jatuh hampir dengan
garis “MIN” di tangki penyimpan bendalir
brek sementara enjin sedang berjalan,
lampu amaran akan menyala dan buzer
akan berbunyi jika kelajuan kenderaan
melebihi 5km/j.
Sekiranya perlu,tambahkan bendalir brek
dan periksa sama ada berlaku kebocoran
bendalir.
Sekiranya lampu amaran menyala, sistem
brek memerlukan tenaga yang lebih dan
jarak berhenti akan bertambah.
Lampu amaran brek
Lampu amaran brek juga berfungsi sebagai
penunjuk untuk EBD (Pengagih Daya Brek
Elektronik).
Lampu amaran brek akan menyala apabila
suis penghidup berada pada kedudukan
“ON” dan terpadam beberapa saat kemudian.
Apabila kawalan EBD tidak berfungsi, lampu
amaran brek akan menyala.
w AMARAN
Jangan terus memandu dengan lampu
amaran menyala. Kegagalan mematuhi
amaran ini boleh menyebabkan
kemalangan. Dapatkan pemeriksaan
brek di Pusat Servis Perodua yang
berdaftar dengan segera.
Sect 05_BM D42L.indd 3 21/11/2019 11:13 AM