1–5
Apabila sebarang alat elektronik yang
berkemungkinan menghasilkan gelombang
elektromagnet yang kuat, umpamanya sistem
radio dua-hala, telefon bimbit dan komputer
dipasang dan digunakan di dalam kenderaan
anda, pastikan anda mendapat nasihat Pusat
Servis Perodua yang berdaftar.
Gelombang elektromagnet yang terhasil
daripada alat elektronik tersebut boleh
mendatangkan kesan kepada sistem yang
ada pada kenderaan anda seperti sistem
EFI (suntikan bahan api elektronik), ABS
(Sistem brek anti-kunci) dan beg udara SRS,
disebabkan pengendalian yang tidak betul.
Pemasangan / penggunaan
peralatan elektronik
Geseran dalaman adalah tinggi bagi
kenderaan baru, tetapi akan semakin
berkurangan apabila berlaku penyesuaian
kesemua alat yang bergerak.
Semasa 1,000 km yang pertama, kami
sarankan agar anda mengambil langkah-
langkah yang berikut bagi melanjutkan
prestasi dan ekonomi kenderaan anda di
masa depan.
• Jangan memandu lebih daripada 90 km/
sejam (55 batu/sejam).
• Jangan memandu terlalu lama pada satu
kelajuan, sama ada laju atau perlahan.
• Elakkan daripada menghidupkan
enjin anda dengan pendikitan yang
sepenuhnya.
• Elakkan daripada berhenti secara
mengejut kecuali dalam masa kes
kecemasan, terutama sekali semasa
300 km yang pertama.
Tempoh penyesuaian
Aksesori, alat gantian dan pengubahsuaian
kenderaan anda.
Pelbagai jenis alat ganti bukan tulen dan
aksesori kenderaan Perodua kini terdapat
di pasaran. Dengan menggunakan alat
ganti dan aksesori yang bukan tulen boleh
menjejaskan keselamatan kenderaan anda.
Oleh itu Perodua tidak boleh menerima
apa-apa liabiliti atau jaminan alat ganti
dan aksesori yang tidak tulen begitu juga
penggantian atau pemasangan yang
melibatkan bahagian-bahagian tersebut.
Kenderaan ini tidak boleh diubah suai
dengan produk bukan tulen Perodua.
Pengubahsuaian dengan produk bukan
tulen Perodua boleh menjejaskan prestasi,
keselamatan atau ketahanan, dan boleh
melanggar peraturan kerajaan.
Di samping itu, kerosakan atau prestasi
masalah yang terhasil daripada
pengubahsuaian mungkin tidak dilindungi
di bawah jaminan.
Sect 01_BM D42L.indd 5 24/10/2019 4:35 PM