EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–24
w AMARAN
Hill-Start Assist bukan bertujuan
untuk menghentikan kenderaan
anda di cerun. Walaupun sistem
beroperasi secara normal,
kenderaan mungkin mula bergerak
jika anda melepaskan pedal brek
sambil berhenti di cerun. Pastikan
pedal brek di tekan sepenuhnya
ketika kenderaan anda dihentikan
di cerun.
Jangan terlalu yakin dengan
sistem Hill-Start Assist. Kenderaan
mungkin boleh bergerak dengan
tiba-tiba dan kemalangan yang
tidak dijangka mungkin boleh
berlaku. Sentiasa perhatikan
keadaan sekitar dan sentiasa
kendalikan tuil anjakan, pedal
pemecut, pedal brek dan brek
meletak kenderaan dengan betul.
Sebaik sahaja pedal brek
dilepaskan, segera pecut
kenderaan anda. Adalah berbahaya
jika kenderaan bergerak ke
belakang oleh daya inersia di
cerun atau sebagainya.
Apabila kenderaan dimuatkan
dengan beban berat atau di atas
bukit yang cerun, kenderaan
mungkin bergerak ke belakang
walaupun sistem Hill-Start Assist
beroperasi. (Hidupkan kenderaan
anda semasa menggunakan brek
meletak kenderaan.)
PERHATIAN
Keadaan berikut mungkin disebabkan
oleh sistem Hill-Start Assist dan ia adalah
keadaan normal.
Kadar penekanan pedal brek berubah.
Pedal brek bergetar.
Bunyi dihasilkan daripada brek.
Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) adalah
sistem untuk mengurangkan kemungkinan
berlaku perlanggaran di bahagian belakang
kenderaan dengan mengeluarkan lampu
isyarat amaran bahaya apabila brek mengejut
dikenakan untuk memberi amaran kepada
kenderaan di belakang.
ESS berfungsi pada keadaan berikut:
Lampu isyarat amaran bahaya berada
pada kedudukan OFF.
Kelajuan kenderaan adalah lebih dari 60
km/j.
Sistem mengesan brek mengejut atau
ABS diaktifkan.
ESS akan di nyahaktif apabila:
Lampu isyarat amaran bahaya dihidupkan
secara manual.
Pedal brek dilepaskan.
Nyahpecutan mendadak telah berhenti.
ABS telah dinyahaktif.
Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
(Sekiranya dilengkapi)
Sect 10_BM D42L.indd 24 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals