11–7
w AMARAN
• Sekiranya tayar mengalami
kebocoran, letakkan kenderaan
anda di susur jalan atau di tempat
yang selamat untuk menggantikan
tayar tersebut.
Elakkan penggantian tayar di
tempat yang bercerun.
• Ketika menukar tayar bocor,
letakkan kenderaan di tempat
yang tidak mengganggu lalu lintas,
tekan suis isyarat amaran bahaya
dan letakkan segitiga keselamatan
sekiranya ada.
• Pindahkan kesemua penumpang ke
tempat yang selamat dan keluarkan
sebarang muatan yang berat dari
kenderaan.
• Pastikan brek meletak kenderaan
digunakan dan transmisi manual
berada pada kedudukan gear
pertama atau gear undur, atau
transmisi automatik di julat P
selepas enjin kenderaan dimatikan.
Tayar bocor
• Sekiranya berlaku tayar bocor atau
tayar meletup ketika memandu pada
kelajuan tinggi, pegang stereng
dengan kuat. Perlahan-lahan
gunakan brek untuk mengurangkan
kelajuan. Brek dengan mengejut
akan menyebabkan hilang kawalan
stereng dan membahayakan anda.
Menyimpan peralatan
1. Simpan peralatan di dalam beg
perkakas seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah.
2. Ikat cangkuk tunda dan perengkuh nat
menggunakan dua getah pengikat.
Masukkan peralatan tersebut di dalam
beg perkakas.
3. Letakkan pemegang jek di atas beg
perkakas dan ikat menggunakan dua
getah pengikat.
Getah
Getah
Sect 11_BM D42L.indd 7 24/10/2019 4:38 PM