3–9
Kurangkan
kelonggaran
Betul
Terlalu tinggi
Untuk melaraskan tali pinggang keledar
Letakkan tali pinggang keledar serendah
yang boleh di atas pinggul anda dan
bukannya di atas pinggang anda.
Tarik tali pinggang keledar bahagian bahu
ke arah penyentap untuk mengurangkan
sebarang kelonggaran.
Adalah tidak perlu untuk melaraskan
panjang tali pinggang keledar kerana ia
telah direka bentuk memanjang dan menarik
balik mengikut pergerakan badan serta
boleh terkunci dalam kes kecemasan (brek
kecemasan, tergelincir dan lain-lain).
Tali pinggang keledar jenis
penyentap kunci kecemasan tiga
punca (ELR)
Plat
Plat
Butang
Butang
Pengancing
Pengancing
Untuk memasang tali pinggang keledar
Tarik tali pinggang keledar daripada
penyentap dan selitkan plat ke dalam
pengancing sehingga terdengar bunyi “klik”.
PERHATIAN
Jika tali pinggang keledar terkunci semasa
ditarik, lepaskan tali pinggang keledar
tersebut dan tarik semula perlahan-lahan.
Jika gagal, tarik tali pinggang keledar
dengan kuat dan lepaskannya. Perlahan-
lahan tarik semula tali pinggang keledar
untuk mengancing.
w AMARAN
Bagi perlindungan sepenuhnya,
selepas menyelitkan plat, pastikan
sambungan itu baik dan tali pinggang
tidak terpintal.
Tolak
Untuk membuka tali pinggang keledar
Tolak butang pelepas pengancing.
Biarkan penyentap menarik kembali tali
pinggang itu sepenuhnya.
Pastikan tali pinggang tidak terpintal semasa
ia tertarik kembali.
PERHATIAN
Apabila menggunakan tali pinggang
belakang tengah, pastikan anda
menggunakan pengancing yang
mempunyai tanda CENTER.
Sect 03_BM D42L.indd 9 21/11/2019 11:02 AM