EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 47

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–8
Penjagaan yang sempurna harus
dilakukan untuk mengelakkan
webing dari dicemari pengilat,
minyak dan bahan-bahan
kimia terutamanya asid bateri.
Pembersihan dapat dijalankan
dengan baik dengan meng gunakan
sabun dan air. Tali pinggang keledar
harus digantikan sekiranya webing
telah lusuh, tercemar atau rosak.
Adalah perlu menggantikan
keseluruhan sistem selepas ia
dipakai dalam satu impak yang
teruk, walaupun, kerosak an pada
sistem adalah tidak begitu jelas.
Tali pinggang tidak boleh dipakai
dengan talinya terpintal.
Setiap tali pinggang hanya
boleh digunakan oleh seorang
penumpang sahaja. Adalah
merbahaya untuk meletakkan
tali pinggang di keliling kanak-
kanak yang diletakkan pada riba
penumpang.
Tiada sebarang modifikasi
atau tambahan harus dibuat
oleh pengguna kerana ini akan
menghalang peranti pelarasan
tali pinggang keledar daripada
beroperasi.
Jangan membenarkan sesiapa
meng gu nakan tali pinggang
keledar bahu sekiranya ia
merintangi bahagian atas dada
atau terletak berhampiran tengkuk
atau muka.
Jangan selitkan plat ke dalam
pengancing yang salah.
Jangan memakai tali pinggang
keledar bahu di sebelah luar tangan
anda atau di bela kang anda.
Jangan membaringkan penyandar
tempat duduk lebih daripada yang
diperlukan.
Jangan memasang tali pinggang
keledar di atas objek-objek keras
atau mudah pecah seperti cermin
mata, barang kemas, pen dan kunci.
Jangan memakai tali pinggang
keledar di atas pakaian yang tebal.
Ia akan meng halang kedudukan tali
pinggang yang baik.
Jangan mengubahsuai atau
membuka sistem tali pinggang
keledar.
Sekiranya tali pinggang keledar
pernah digunakan semasa impak
yang teruk, gan tikannya melalui
Pusat Servis Perodua yang
berdaftar walaupun kerosakannya
tidak jelas.
PERINGATAN
Sila berhati-hati agar webing tali
pinggang keledar atau perkakasannya
tidak rosak akibat tersepit kerusi, pintu
dan sebagainya.
Simpan tali pinggang dengan kemas
apabila tidak digunakan.
Pembersihan dapat dilakukan dengan
menggunakan sabun lembut atau
air suam. Jangan gunakan peluntur,
pewarna atau pencuci yang keras.
Ini akan menyebabkan tali pinggang
mengalami kerosakan yang teruk.
Jangan mengalih tali pinggang apabila
membersihkannya. Tarik tali pinggang
itu kembali selepas mengeringkannya
dengan baik.
Sect 03_BM D42L.indd 8 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals