14–28
0.5 - 2.0 mm
Matikan enjin dan tekan injak brek sehingga
5 kali atau lebih untuk membebaskan vakum
dalam penggalak brek.
Tekan injak brek dengan tangan perlahan-
lahan sehingga anda merasa tekanan dan
ukur gerak bebas.
Periksa sama ada gerak bebas berada di
dalam spesifikasi.
w AMARAN
Sekiranya gerak bebas itu tidak
berada di dalam spesifikasi, dapatkan
Pusat Servis Perodua yang berdaftar
untuk memeriksa sistem itu dengan
segera.
Injak brek
Pemeriksaan gerak bebas injak brek
67 mm atau lebih
Gerak
simpanan
1. Letakkan kenderaan di permukaan yang
rata.
2. Anjakkan tuil transmisi manual kepada
neutral, ataupun kepada P untuk tuil
transmisi automatik.
3. Lepaskan brek meletak kenderaan.
4. Dengan enjin yang dihidupkan, tekan
injak brek beberapa kali.
5. Tekan injak brek dengan tenaga 294 N
(30 kgf) dan ukur jarak di antara bahagian
atas injak brek dan dinding sekatan.
6. Periksa untuk memastikan gerak
simpanan adalah seperti di dalam
spesifikasi.
Pemeriksaan gerak simpanan injak brek
7. Periksa juga untuk memastikan yang
gerak simpanan adalah pada tahap yang
sama.
w AMARAN
Jika gerak simpanan tidak seperti di
dalam spesifikasi, dapatkan Pusat
Servis Perodua yang berdaftar untuk
memeriksa sistem itu.
Sect 14_BM D42L.indd 28 24/10/2019 4:40 PM