4–10
Tuil pengelap dan pencuci cermin
hadapan
Pengelap dan pencuci beroperasi apabila
suis penghidup berada pada kedudukan
“ON”. Tolak tuil suis pengelap ke bawah untuk
memasang pengelap. Pengelap beroperasi
secara bersela apabila suis pengelap
disetkan pada kedudukan “INT”.
Semasa suis pengelap di tolak ke atas dari
kedudukan “OFF” kepada “MIST”, pengelap
beroperasi secara perlahan.
Apabila anda melepaskan tangan anda, suis
pengelap akan kembali kepada kedudukan
“OFF”.
Tarik tuil ke arah anda untuk menggunakan
pencuci. Pengelap beroperasi secara
perlahan, saling mengunci bersama pencuci.
OFF
MIST
INT
Perlahan
Cepat
Pencuci
ON
PERHATIAN
Semasa operasi bersela “INT”, selang
menjadi lebih singkat sebagaimana
kelajuan memandu meningkat.
Tekan suis untuk menyalakan semua lampu
isyarat belok.
Lampu penunjuk di panel peralatan akan
mula mengelip. Tekan semula suis untuk
memadamkannya.
Suis isyarat belok tidak akan beroperasi
apabila suis ini dipasangkan.
Jangan menggunakan suis ini kecuali dalam
kes kecemasan.
Suis isyarat amaran bahaya
Sect 04_BM D42L.indd 10 21/11/2019 11:04 AM