EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Penunjuk Had Haus Pad Brek; Petua Meletakkan Kenderaan

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–12
Penunjuk had haus pad brek pada brek
cakera depan memberikan bunyi amaran
apabila pad brek sudah haus.
w AMARAN
Jangan lagi menggunakan pad
brek yang sudah haus. Ini mungkin
mengurangkan keberkesanan
membrek dan boleh menyebabkan
kemalangan.
Periksa atau ganti pad brek dan ceper
dengan segera.
Penunjuk had haus pad brek Petua meletakkan kenderaan
1. Pastikan kenderaan anda betul-betul
berhenti.
2. Tekan injak cekam dan tukar tuil anjak
kepada neutral (transmisi manual).
3. Tekan injak brek dan tukar tuil kepada P
(transmisi automatik).
4. Gunakan brek meletak kenderaan.
5. Pusing/tekan suis penghidup kepada
“OFF” atau “LOCK” kemudian tarik keluar
kunci.
PERINGATAN
Jangan lupa untuk menggunakan brek
meletak kenderaan.
Jangan tinggalkan kenderaan anda
semasa enjin dihidupkan.
Apabila meninggalkan kenderaan
anda, pastikan suis penghidup disetkan
kepada “OFF” atau “LOCK” dan menarik
keluar kunci untuk menghalang bateri
daripada dinyahcas.
Untuk transmisi automatik :
Semasa meletak kenderaan,
pastikan tuil anjak berada di P
kerana pada peringkat ini, semua
tayar telah dikunci.
Jangan menukar tuil kepada P
sehingga kenderaan anda berhenti
sepenuhnya untuk menghalang
sistem transmisi daripada rosak.
w AMARAN
Apabila meletak kenderaan atau
menghentikan kenderaan anda,
pastikan tiada objek-objek mudah
bakar seperti rumput kering dan
minyak di sekeliling atau di bawah
kenderaan anda. Paip ekzos boleh
mencapai ke tahap suhu yang
sangat tinggi dan mungkin objek-
objek mudah bakar akan terbakar.
Apabila anda meletakkan
kenderaan, kenakan dengan betul
brek meletak kenderaan, kecuali
mekanismenya tidak berfungsi.
Gerakkan tuil anjak manual ke gear
SATU apabila kenderaan mengarah
ke atas curam, atau ke transmisi
undur apabila kenderaan menurun
curam, atau gerakkan tuil transmisi
automatik ke P.
Sect 10_BM D42L.indd 12 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals