4–6
• Terdapat kes di mana suis enjin tidak
berfungsi dengan betul walaupun kunci
pintar adalah dalam julat operasi. Ia
mungkin bergantung kepada lokasi
kunci pintar dan keadaan sekeliling.
• Buzer amaran sistem bebas kunci
akan berbunyi jika kesilapan operasi
dikesan seperti mengambil keluar kunci
pintar dari kenderaan, atau lupa untuk
menukar suis enjin kepada “OFF” tanpa
menutup pintu.
• Jangan mengambil kunci pintar keluar
dari kenderaan apabila enjin beroperasi.
Jika kunci pintar tidak berada dalam
kereta dan anda mematikan enjin, enjin
tidak boleh dihidupkan semula.
Sila ambil perhatian bahawa buzer tidak
akan berbunyi jika anda mengambil
kunci pintar melalui tingkap walaupun
pintu ditutup.
• Selepas memutuskan sambungan
terminal bateri, enjin tidak dihidupkan
dengan serta-merta. Dalam kes ini,
selepas terminal bateri disambungkan,
tunggu lebih daripada 10 saat dan
hidupkan enjin semula.
• Kenderaan sentiasa ingat mod suis
enjin (“ACC” atau “ON”). Apabila anda
menyambung semula bateri kenderaan,
ia boleh kembali ke keadaan asalnya
sebelum suis enjin terputus.
• Apabila anda ingin mengeluarkan
bateri kenderaan untuk pembaikan,
penyelenggaraan dan lain-lain, lakukan
selepas suis enjin ditukar kepada “OFF”.
• Apabila bateri kenderaan lemah
dan anda tidak pasti mod suis enjin
sebelumnya, tukar suis enjin kepada
“OFF” sekali.
Suis enjin automatik “OFF”
• Transmisi Automatik:
Apabila tuil anjak dalam julat P, dan
anda meninggalkan suis enjin dalam
mod “ACC” selama lebih kurang 1 jam,
suis enjin akan bertukar kepada “OFF”
secara automatik untuk mengelakkan
bateri daripada kehabisan.
Buzer amaran kunci
Apabila anda membuka pintu pemandu
dengan kedudukan penghidup disetkan ke
“ACC” atau “LOCK”, buzer akan berbunyi
untuk memberitahu anda bahawa kunci
penghidup belum ditanggalkan.
Sect 04_BM D42L.indd 6 21/11/2019 11:04 AM