EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Hill-Start Assist

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
10–22
w AMARAN
Jangan berharap sepenuhnya
pada TRC. Walaupun apabila TRC
sedang beroperasi, terdapat had
kepada jumlah daya cengkaman
dan kawalan kestabilan kenderaan.
Memandu secara berbahaya boleh
menyebabkan kemalangan yang
tidak dijangka.
Sentiasa berhati-hati ketika
memandu dan jika lampu penunjuk
gelincir berkelip, pandu kenderaan
dengan lebih teliti.
PERINGATAN
Kesemua empat tayar perlu mempunyai
saiz yang sama, pengeluar, jenama, dan
corak bunga, serta bebas daripada haus.
Memasang tayar yang tidak mengikut
ketetapan untuk kenderaan anda boleh
menyebabkan TRC tidak berfungsi
dengan betul.
PERHATIAN
Biasanya, apabila anda menghidupkan
suis penghidup kepada “ON”, TRC akan
berada dalam keadaan bersedia.
Apabila menghidupkan enjin, anda
akan mendengar bunyi klik. Bunyi ini
menunjukkan pengawasan operasi
sistem dan bukan pincang tugas.
(Lihat “Suis VSC OFF” di Seksyen 4)
(Lihat “Lampu penunjuk gelincir, penunjuk
VSC OFF dan penunjuk TRC OFF” di
Seksyen 5)
Hill-Start Assist membantu untuk mengelak
kenderaan dari berundur ke belakang ketika
bermula selepas berhenti pada cerun.
Apabila pemandu melepaskan pedal brek
perlahan-lahan, kenderaan mengekalkan
daya brek sekitar 2 saat sebelum memecut
untuk meneruskan pemanduan.
Hill-Start Assist beroperasi di keadaan
berikut:
Enjin sedang beroperasi.
Posisi anjakan berada pada julat
hadapan pada cerun menaik, atau pada
R pada cerun menurun. Hill-Start Assist
tidak akan diaktifkan jika posisi anjakan
berada pada P atau N.
Injak brek ditekan dengan kuat dan
kenderaan telah berhenti sepenuhnya.
Brek meletak kenderaan telah dilepaskan.
Lampu penunjuk gelincir tidak menyala.
Hill-Start Assist
(Sekiranya dilengkapi)
Sect 10_BM D42L.indd 22 21/11/2019 11:19 AM

Table of Contents

Related product manuals