EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Pembersihan Dan Pemeriksaan Keadaan Bateri

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
14–17
Had atas
Had bawah
Pangkalan
Pengapit
Pembersihan dan pemeriksaan
keadaan bateri
Periksa sambungan sama ada retak, karat
atau putus atau pengapit longgar.
Jika terminal bateri kotor, bersihkannya
dengan air soda penaik dan sapukan gris
baru kepadanya.
Jika terminal longgar, ketatkannya dengan
betul.
Periksa aras elektrolit sekiranya berada antara
had atas dan had bawah. Jika aras elektrolit
terlalu rendah buka penutup liang setiap sel.
Tambahkan air suling pada setiap sel
sehingga had “UPPER”.
w AMARAN
Apabila membersihkan bateri,
berhati-hati agar tidak melitar
pintas terminal bateri dengan alat
atau objek logam. Jika terminal
bateri terlitar pintas, ia akan
menyebabkan bateri menjadi terlalu
panas, dan boleh menyebabkan
kerosakan atau letupan.
Ketatkan penutup lubang sel
selepas menambahkan air suling.
Elektrolit bateri mungkin terpercik
keluar dan merosakkan kenderaan
atau mungkin menyebabkan
kecederaan anggota badan yang
serius.
Bateri mengandungi asid sulfurik
yang beracun dan mengkakis.
Gunakan cermin mata keselamatan
dan berhati-hati agar bendalir bateri
tidak terpercik ke badan, pakaian
dan kenderaan. Jika bendalir bateri
terpercik ke kulit atau mata, buka
pakaian yang terkena bendalir dan
basuh anggota tersebut sekurang-
kurangnya 15 minit.
Jauhkan api daripada bateri. Ia
boleh menyebabkan letupan.
Jauhkan kanak-kanak daripada
bateri.
Jika anda terminum bendalir bateri,
minum air atau susu sebanyak
mungkin dan segera berjumpa
doktor.
PERINGATAN
Basuh bendalir bateri yang terpercik
kepada kemasan cat dengan segera.
PERHATIAN
Untuk mengelakkan bateri daripada lemah
dengan cepat, patuhi peringatan berikut:
Jangan hidupkan lampu atau sistem
audio terlalu lama apabila enjin tidak
dihidupkan.
Meskipun ketika enjin dihidupkan,
tambah kuasa putaran enjin sewaktu
bergerak di dalam kesesakan lalulintas
atau sekiranya kenderaan tidak
bergerak dalam jangkamasa yang lama.
Aras air bateri yang rendah akan
mengurangkan kuasa cas bateri tersebut
dan akan mengurangkan jangka hayat
bateri. Aras air bateri perlu diperiksa secara
kerap dan tambah kandungan air bateri
sekiranya perlu.
Sect 14_BM D42L.indd 17 24/10/2019 4:39 PM

Table of Contents

Related product manuals