EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Arahan-Arahan Mengenai Tali Pinggang Keledar

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–7
Arahan-arahan mengenai tali
pinggang keledar
Semua penumpang hendaklah menggunakan
tali pinggang keledar yang disediakan
pada setiap masa. Sila patuhi peringatan-
peringatan berikut supaya tali pinggang
keledar dapat digunakan sebaik-baiknya.
Kegagalan mematuhi arahan ini akan
menyebabkan kecederaan anggota badan
yang serius jika berlaku kemalangan atau jika
anda membrek secara mengejut.
Tali pinggang keledar yang disediakan adalah
direka untuk penumpang dewasa, saiz yang
cukup untuk memakainya dengan sempurna.
Periksa sistem tali pinggang keledar anda
dari masa ke semasa dan jika sebarang
tali pinggang keledar anda gagal berfungsi
dengan baik, sila dapatkan pemeriksaan
dari Pusat Servis Perodua yang berdaftar
dengan segera.
Kanak-kanak:
Gunakan sistem penahan kanak-kanak yang
bersesuaian untuk kanak-kanak sehingga
kanak-kanak cukup besar untuk memakai
tali pinggang keledar dengan sempurna.
Sila lihat "Sistem penahan kanak-kanak" bagi
penerangan yang lebih terperinci.
Wanita hamil;
Tali pinggang riba harus dipakai dengan
baik dan serendah yang boleh di pinggul
dan bukannya di pinggang. Sila dapatkan
nasihat daripada doktor anda.
Orang yang cedera;
Sila dapatkan nasihat dari doktor anda.
w AMARAN
Tali pinggang keledar mempunyai
reka bentuk mengikut struktur
tulang badan yang harus dipakai
rendah merintangi bahagian
hadapan tulang pinggul, dada dan
bahu seboleh yang mungkin dan
elakkan daripada memakai tali
pinggang bahagian riba merintangi
perut.
Tali pinggang keledar harus
dilaraskan sebaik mungkin
dengan mementingkan keselesaan
bagi memberikan perlindungan
sebagaimana yang dikehendaki.
Tali pinggang yang longgar akan
mengurangkan perlindungan
terhadap pemakai.
Sekiranya kanak-kanak terlalu besar untuk
sistem penahan kanak-kanak, kanak-kanak
perlu duduk di tempat duduk belakang dan
memakai tali pinggang keledar. Mengikut
statistik kemalangan, kanak-kanak memakai
tali pinggang keledar lebih selamat berada di
tempat duduk belakang berbanding dengan
tempat duduk hadapan.
Jangan benarkan mereka berdiri atau
berlutut di atas tempat duduk.
Jangan mengendung kanak-kanak.
Dalam kemalangan, seorang kanak-kanak
yang digendung akan terhimpit di antara
bahagian dalam kenderaan dan anda.
Orang yang bertubuh kecil atau orang
muda;
Sekiranya tali pinggang bahagian bahu
merintangi leher atau muka penumpang
di tempat duduk depan, gerakkan tempat
duduk ke depan atau ke belakang supaya
tali pinggang akan melilitnya dengan selesa.
Sect 03_BM D42L.indd 7 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals