EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Gas Ekzos Enjin

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
1–1
Gas ekzos enjin
w AMARAN
Jangan menyedut gas ekzos.
Ia mengandungi karbon monoksida,
sejenis gas beracun tiada bau
mahupun warna. Sedutan gas ini
boleh mengakibatkan pengsan atau
kematian.
Apabila anda mengesyaki asap ekzos telah
memasuki ruang kenderaan anda, carilah
puncanya. Ia harus diperbaiki dengan
segera.
Sekiranya anda perlu memandu kenderaan
anda dalam keadaan sebegini, pandulah
dengan kesemua tingkap dibuka sepenuhnya.
Untuk mengelakkan sebarang kemalangan
disebabkan oleh gas ekzos, sila patuhi
peringatan-peringatan berikut.
Penyelenggaraan;
Sentiasa menyelenggarakan sistem ekzos
enjin, badan kenderaan dan sistem pengalih
udara mengikut syarat-syarat pengendalian
yang betul. Pastikan sistem ekzos tidak
mempunyai sebarang sambungan yang
longgar atau berlubang.
Dalam kes-kes berikut, kami sarankan agar
sistem ekzos dan badan kenderaan diperiksa
oleh pusat servis yang berkelayakan:
Apabila anda menukar minyak
Apabila anda merasakan ada perubahan
pada bunyi ekzos anda
Apabila sistem ekzos rosak atau reput
Apabila anda melanggar sesuatu objek
Sebagai tambahan, sila patuhi jadual
penyelenggaraan dalam Seksyen 13.
Sistem pengalih udara;
Bagi membenarkan sistem pengalih udara
kenderaan anda beroperasi dengan baik
pada setiap masa, pastikan saluran masuk
udara di hadapan cermin depan bebas dari
debu atau habuk, daun-daun dan lain-lain
halangan.
Pengendalian harian;
Kami sarankan agar anda tidak membiarkan
enjin dihidupkan untuk satu masa yang
lama apabila kenderaan diletakkan atau
diberhentikan.
Karbon monoksida akan masuk ke dalam
kenderaan anda jika penyelenggaraan yang
dijalankan tidak sempurna atau sistem ekzos
telah rosak.
Jangan hidupkan enjin di dalam garaj atau di
satu tempat tertutup kecuali jikalau kenderaan
itu ingin dipandu masuk ke dalam atau keluar.
Pastikan objek asing tidak berkumpul di
sekeliling ekor paip supaya gas ekzos tidak
berkumpul di bawah badan kenderaan.
w AMARAN
Matikan enjin kenderaan anda jika
anda hendak tidur sekejap di dalam
kenderaan.
Ini bagi mencegah anda daripada
tertolak tuil anjakan ataupun
tertekan injak untuk suatu masa
yang lama semasa anda tidur.
Ini juga bagi mencegah kemasukan
gas beracun yang boleh membawa
maut ke ruang penumpang.
Sect 01_BM D42L.indd 1 24/10/2019 4:35 PM

Table of Contents

Related product manuals