3–12
Sistem penahan kanak-kanak
Peringatan sistem penahan kanak-kanak
Perodua sangat menyarankan penggunaan
sistem kawalan kanak-kanak bagi anak
kecil yang sesuai menggunakannya.
Jika anak anda terlalu besar untuk sistem
kawalan kanak-kanak, letakkan anak anda
di tempat duduk belakang dan pasangkan
tali pinggang keledar kenderaan. Sila lihat
“Tali pinggang keledar kecemasan jenis
penyentap kunci kecemasan tiga punca”.
w AMARAN
• Bagi perlindungan yang berkesan
semasa berlakunya kemalangan
atau berhenti mengejut, pastikan
anak anda memakai tali pinggang
keledar dengan kemas atau
menggunakan sistem penahan
kanak-kanak mengikut umur dan
saiz mereka. Jangan memegang
atau meriba anak anda kerana ini
boleh menyebabkan anak anda
tercampak ke hadapan sekiranya
berlaku kemalangan.
• Perodua sangat menyarankan
penggunaan sistem penahan
kanak-kanak mengikut saiz yang
sesuai dipasang pada tempat
duduk belakang. Mengikut statistik
kemalangan, kanak-kanak yang
menggunakan sistem penahan
kanak-kanak di tempat duduk
belakang lebih selamat berbanding
di hadapan.
• Jangan gunakan bakul bayi atau
kerusi kanak-kanak di tempat
duduk hadapan kerana ia boleh
mengakibatkan kecederaan serius
atau kematian kerana tekanan yang
terhasil daripada pengembungan
beg udara penumpang hadapan
sekiranya berlaku kemalangan.
• Pastikan anda mematuhi semua
peraturan pemasangan yang telah
disediakan oleh pengeluar sistem
penahan kanak-kanak dan sistem
pemasangannya adalah kukuh.
Sistem penahan kanak-kanak (CRS) untuk
kanak-kanak atau bayi mestilah dipasang
dengan betul di tempat duduk menggunakan
tali pinggang keledar. Rujuk arahan-arahan
pemasangan oleh pengeluar sistem penahan
kanak-kanak dengan teliti.
Untuk menyediakan penahan yang betul,
ikut arahan-arahan oleh pengeluar mengenai
umur dan saiz yang sesuai untuk sistem
penahan kanak-kanak tersebut.
Perodua menyarankan penggunaan sistem
penahan kanak-kanak yang mematuhi
peraturan “ECE No.44”.
Pasang sistem penahan kanak-kanak
dengan betul mengikuti arahan-arahan yang
disediakan oleh pengeluar. Arahan-arahan
am juga terdapat di bawah gambarajah-
gambarajah yang berikut.
Sistem penahan kanak-kanak mestilah
dipasang di tempat duduk belakang.
w AMARAN
• Jangan menggunakan bakul
pembawa bayi atau kerusi kanak-
kanak di bahagian tempat duduk
penumpang hadapan. Ianya boleh
menyebabkan kecederaan yang
serius atau kematian sekiranya
berlaku kemalangan.
Sistem penahan kanak-kanak (CRS)
Sect 03_BM D42L.indd 12 21/11/2019 11:02 AM