EasyManua.ls Logo

PERODUA Bezza - Page 52

PERODUA Bezza
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
3–13
Setelah memasang sistem
penahan kanak-kanak pastikan
ianya dikemaskan dengan ketat.
Sekiranya tidak, ianya boleh
menyebabkan kecederaan yang
serius atau kematian kepada
kanak-kanak sekiranya berlaku
kemalangan atau berhenti secara
mengejut.
Jangan biarkan kanak-kanak
bermain dengan tali pinggang
keledar. Tali pinggang keledar
boleh tersimpul di leher kanak-
kanak dan mengakibatkan kanak-
kanak tercekik atau kecederaan
serius yang boleh menyebabkan
kematian. Sekiranya ini berlaku
secara tidak sengaja dan kancing
tali pinggang keledar tidak boleh
dibuka, potong tali pinggang
keledar menggunakan gunting atau
alat yang sesuai.
Sekiranya sistem penahan kanak-kanak
tidak digunakan, pastikan ia diikat dengan
tali pinggang keledar atau di simpan di
tempat selain dari ruang penumpang. Ini
untuk menghalangnya dari mencederakan
penumpang sekiranya kenderaan anda
berhenti mengejut atau kemalangan.
Sistem penahan kanak-kanak dikelaskan
kepada 5 kumpulan di bawah berdasarkan
peraturan ECE No. 44.
Kumpulan 0 Sehingga 10 kg (0-9 bulan)
Kumpulan 0
+
Sehingga 13 kg (0-2 tahun)
Kumpulan I 9 hingga 18 kg (9 bulan-4 tahun)
Kumpulan II & III 15 hingga 36 kg (4-12 tahun)
Buku panduan ini menerangkan 3 jenis
penahan kanak-kanak pilihan berikut, yang
dipasang dengan selamat menggunakan tali
pinggang keledar.
(1) Kerusi bayi...bersamaan Kumpulan 0 dan
Kumpulan 0+ dari ECE No.44
(2) Kerusi kanak-kanak...bersamaan
Kumpulan 0+, I dan II dari ECE No.44
(3) Kerusi kanak-kanak junior...bersamaan
Kumpulan III dari ECE No.44
Apabila membeli kerusi kanak-kanak pastikan
jenis sistem penahan kanak-kanak yang
sesuai dengan kanak-kanak dan kenderaan
anda.
Jenis sistem penahan kanak-kanak
Pilih sistem penahan kanak-kanak yang
sesuai dengan setiap posisi tempat duduk.
Rujuk jadual di sebelah, "Kesesuaian sistem
penahan kanak-kanak untuk pelbagai posisi
tempat duduk".
Kenderaan anda dilengkapi penambat (top-
tether anchors) untuk mengikat tali atas sistem
penahan kanak-kanak.
Untuk arahan-arahan menggunakan
penambat (top-tether anchors), sila rujuk
"Menggunakan tali atas".
Sistem penahan kanak-kanak ISO FIX juga
boleh digunakan pada kenderaan anda.
Rujuk "Sistem penahan kanak-kanak ISO
FIX". Pasang ia mengikut arahan-arahan yang
disediakan oleh pengeluar sistem penahan
kanak-kanak tersebut.
Sect 03_BM D42L.indd 13 21/11/2019 11:02 AM

Table of Contents

Related product manuals